UMUM sedia mengetahui bahawa Rozita Che Wan sejak dulu lagi kerap bercuti keluar negara bersama ahli keluarganya.
Ketika ini, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta sedang bercuti di Greece dan telah meraikan sambutan hari lahir anak sulongnya, Ammar Efeendy di negara tersebut.
Seperti kebiasaannya, Che Ta akan membawa jurugambar bersama bagi memudahkan setiap momen mereka diabadikan dari sudut dan teknik yang terbaik.
Bertuah setiap jurugambar yang dibawa Che Ta kerana segala tiket penerbangan dan penginapan ditanggung oleh Che Ta.
Tetapi percutiannya kali ini terdapat sedikit kelainan dimana Che Ta telah membawa seorang tukang masak untuk bercuti bersama keluargnya.
Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Che Ta telah memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh tukang masaknya bersama anak kedua dan ketiganya, Aniq Ezra dan Aaisyah Dhia Rana.
Dalam video tersebut, Che Ta juga telah memberitahu bahawa tukang masaknya akan menyediakan hidangan gulai ikan dan sambal tumis udang petai bagi hidangan tengah hari mereka. -MYNEWSHUB.CC