Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aktiviti Tambakan Laut Diteruskan...

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan aktiviti tambakan laut untuk membiayai kos...

Perlantikan Baharu MAS Sedia...

KUALA LUMPUR - Pelantikan yang diumumkan oleh Khazanah Nasional Bhd dalam penstrukturan semula...

Satiananthan Naik Angin Tiga...

MARAN - Ketua jurulatih Felda United, B. Satiananthan ‘naik angin” dengan tiga tonggak...

Najib Tiba Di Da...

DA NANG (Vietnam) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di...

Karnival Sukan Eratkan Silaturahim Warga Kerja SSM

BANGI – Bagi merapatkan lagi hubungan sesama warga kerja, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan Karnival Sukan SSM di Pusat Latihan Agrobank, di sini, pada 22 dan 23 Oktober ini.

Tujuh jenis permainan yang dipertandingkan dalam karnival ini adalah sukan bola sepak, badminton, pingpong, bola jaring, takraw, bola tampar dan boling.

Seramai 540 peserta terlibat dalam karnival ini yang telah dibahagikan kepada enam zon mewakili bahagian, negeri, dan cawangan SSM dari seluruh negara.

Karnival Sukan Eratkan Silaturahim Warga Kerja SSM

Karnival Sukan Eratkan Silaturahim Warga Kerja SSM

Selain itu, pertandingan perarakan dan farmasi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana karnival ini.

Karnival sukan ini turut menyediakan ruang untuk kanak-kanak bermain iaitu ‘Kids Zone’ yang dilengkapi permainan memanah, ‘face painting’, ‘giant bubble’ dan ‘food vendor’.

Aktiviti untuk kanak-kanak ini diadakan bertujuan memberi peluang warga SSM serta ahli keluarga yang tidak menyertai pertandingan memanfaatkan aktiviti sepanjang berada di karnival ini.


Karnival ini bertujuan meningkatkan jati diri, gaya hidup lebih sihat dan kerjasama berpasukan di antara warga kerja SSM .

Karnival Sukan Eratkan Silaturahim Warga Kerja SSM

Karnival Sukan Eratkan Silaturahim Warga Kerja SSM

Karnival Sukan SSM ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori