Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tak Lindungi Ahli Politik...

LUMUT - Kerajaan Negeri Perak tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak termasuk...

Terima Hakikat, Jangan Susahkan...

MARANG - "Menang atau kalah, kena terima hakikat, jangan menyusahkan rakyat dan negara,"...

Pengurusan Sijil Halal Di...

IPOH - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati pengusaha rumah...

Riza Aziz Akan Didakwa...

SHAH ALAM - Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,...

Kawasan Carian Meliputi 60 Batu Nautika

ALOR SETAR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua anggota Rejimen Renjer Diraja yang hilang ketika bertugas di Pulau Perak berhampiran Langkawi dua hari lalu masih diteruskan meliputi kawasan pencarian seluas 60 batu nautika.

Markas Tentera Darat dalam satu kenyataan memaklumkan, SAR yang memasuki hari ketiga hari ini melibatkan aset Tentera Laut Diraja Malaysia yang beroperasi seperti KD Ledang, KD Laksamana Tun Abdul Jamil dan KD Selangor.

Turut melakukan pencarian ialah Pasukan Khas Laut yang akan melakukan selaman di sekitar pulau itu dan sebuah helikopter Super Lynx.

“Sehingga pukul 3 petang ini, tiada sebarang penemuan dan petunjuk manakala keadaan angin agak kuat dan laut bergelora,” menurut kenyataan tersebut.


Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Kota Marudu, Sabah dan Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, dari Baling, Kedah yang berpangkalan di Oran, Perlis dilapor hilang pada Isnin kira-kira 4.40 petang setelah terjatuh dari tebing ketika hendak mengambil air dari pulau berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori