Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Portal Berita ‘Putar-Belit’ Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan...

Bekas Pensyarah, Kontraktor Didakwa...

Johor Bahru : Bekas pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) didakwa di Mahkamah...

TNB Tawar ‘Insentif Sinaran...

Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekali lagi menawarkan 'Insentif Sinaran Merdeka' bagi menggalakkan pelanggan...

Polis Selamatkan 3 Remaja...

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa...

KE7B: Bidaan Plat GT Bermula RM1,000

KUALA LUMPUR – Selepas menawarkan nombor plat unik Gagasan Satu Malaysia (G1M), kini satu lagi plat pendaftaran istimewa dengan abjad ‘GT’ ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B).

Presidennya, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, nombor plat Generasi Terbilang (GT) diwujudkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu menjayakan projek yang dijalankan oleh KE7B dalam melakar nama negara di peringkat antarabangsa.

“Penjualan plat GT ialah bagi mengumpul dana KE7B dalam usaha meletakkan nama Malaysia dalam misi-misi besar negara membabitkan bidang sukan ekstrim dan projek penjelajahan eksplorasi di seluruh dunia.

“KE7B diberikan mandat oleh Perdana Menteri untuk mengendalikan urusan penjualan serta pihak JPJ dan  Kementerian Pengangkutan Malaysia telahpun memberikan sokongan dan meluluskan plat Generasi Terbilang ini.”

Muqharabbin berkata demikian ketika dalam satu sesi latihan fizikal fasa kedua, membabitkan aktiviti memanjat bukit Tabur, di sini, sebagai penyesuaian untuk misi penjelajah ekspedisi merentas Kutub Utara 2017.

Turut hadir dalam sesi latihan adalah Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohkhles serta dua lagi wakil negara, Shahrom Abdullah dan Irwan Yusoff.

KE7B: Bidaan Plat GT Bermula RM1,000

KE7B: Bidaan Plat GT Bermula RM1,000

Menurut Muqharabbin, nombor pendaftaran istimewa ini ditawarkan sebanyak 9,999 nombor untuk dipilih, dengan harga rizab minima untuk nombor biasa bermula dari RM1,000 hingga RM200,000 untuk ‘GT1’.

“Orang ramai boleh membida nombor plat kenderaan Generasi Terbilang (GT) yang dibuka dengan harga permulaan bernilai RM1,000, bermula sekarang hingga 31 Oktober ini.


“Jika anda berjaya dalam tender berkenaan, anda perlu mendaftarkan nombor pendaftaran berkenaan ke kenderaan anda sebelum berakhirnya 2017 di Pejabat JPJ Cawangan Wangsa Maju,” katanya.

KE7B: Bidaan Plat GT Bermula RM1,000

Nombor pendaftaran baharu istimewa ini pastinya akan menarik minat ramai pemilik kereta berprestasi tinggi dengan lencana GT seperti Mustang GT, GT-R, Continental GT dan banyak lagi.

Setakat ini, nombor pendaftaran ‘PATRIOT 1’ merupakan nombor pendaftaran istimewa paling mahal pernah dijual di Malaysia dengan harga RM1.308 juta dibeli oleh individu yang tidak mahu dikenali.

Manakala untuk nombor pendaftaran biasa yang paling mahal pula ialah nombor ‘F1’ yang dibeli oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dengan harga RM836,660.

Untuk maklumat lanjut berkaitan nombor plat GT, anda boleh menghubungi Setiausaha KE7B, Zulaikha di talian 016-9035130/03-27762462 atau terus mengunjungi laman rasmi mereka di www.platgt.com. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori