Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Borang Bayaran Cukai Pegangan...

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memuat naik Borang Bayaran Cukai...

Najib Gesa Guan Eng,...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan membuat sesuatu untuk menenangkan...

Tiada Bazar Ramadan Selagi...

PUTRAJAYA - Semua bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi selagi Perintah Kawalan Pegerakan (PKP)...

Kerajaan Sarawak Mahu Lahir...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak komited melahirkan ramai tenaga kerja mahir bagi menampung...

Kecewa Pembedahan Ditunda, Potong Jari Kaki Sendiri

SEORANG pengidap diabetes, Paul Dibbins, 57, telah memotong jari kakinya sendiri dengan menggunakan plier selepas pembedahan yang dijadualkan ke atasnya telah dibatalkan pada saat-saat akhir.

Paul, yang merupakan pesara tentera dijadual menjalani pembedahan untuk memotong kaki kanannya dari bahagian lutut ke bawah selepas anggota badan berkenaan mengalami gangrene.

Keadaan itu berlaku semasa dia membaiki kereta anaknya yang tersadai di jalan masuk ke rumah mereka di puncak bukit, dalam cuaca sejuk.

Kecewa Pembedahan Ditunda, Potong Jari Kaki Sendiri

Namun selepas pembedahan itu ditunda, Paul yang berasal dari Buckfastleigh, Devon, berasa bosan dengan keadaan berkenaan dan memutuskan untuk merawat dirinya sendiri.

Tanpa mengambil sebarang ubat penahan sakit, Paul menggunakan pengetahuannya mengenai pertolongan cemas dengan mengikis daging mati di sekitar kedua-dua jari kaki terlebih dahulu.


Sambil duduk di ruang tamu, dia kemudiannya memotong jari kaki berkenaan dan proses itu mengambil masa selama sejam.

“Seorang pakar bedah memberitahu saya bahawa ia lebih kepada bernasib baik manakala seorang lagi pakar bedah menyatakan saya gila,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori