PELAYAR internet di Nigeria heboh susulan tersebarnya foto perkahwinan seorang wanita warganegara itu dengan sebuah patung atau mannequin lelaki berwarna putih.
Menerusi gambar yang tersebar, wanita berkenaan mengenakan pakaian tradisi bangsanya manakala patung itu pula memakai sebuah topi k0boi dan baju bercorak tribal.
Menurut laman Nigeria Today, pengantin wanita yang tidak dinyatakan identitinya terpaksa berkahwin dengan patung berkenaan kerana pasangannya tidak dapat hadir.
Difahamkan bakal suaminya itu dikenali menerusi atas talian dan tidak pernah berjumpa secara nyata. Namun atas desakan keluarga yang mahu dirinya cepat melangsungkan perkahwinan. Dia bertindak menggantikan kekasih alam mayanya dengan sebuah patung.
Manakala menurut saksi yang mengenali si wanita berkata, kekasih ‘virtualnya’ itu tidak dapat hadir kerana mempunyai masalah dari segi kewangan dan berada nun jauh di Eropah.
Tindakan nekad berkahwin dengan patung ‘mat saleh’ itu mencetuskan seribu satu persoalan dalam masyarakatnya. Rata-rata mempersoalkan kewarasan wanita berkenaan malah menganggapnya satu perbuatan yang gila.
Bagaimanapun, menerusi informasi dari laman Naij.com, patung atau mannequin lelaki itu hanyalah sebahagian daripada dekorasi yang menghiasi majlis wanita berkenaan.
Tambah laman itu, pasangan wanita terbabit muncul pada majlis perkahwinan berkenaan yang juga merupakan seorang warga kulit hitam.
Pun begitu, kehadiran patung berkenaan pada majlis tersebut tetap menjadi tanda tanya dan persoalan dalam kalangan netizen berkaitan peranan patung itu dalam majlis tersebut. -MYNEWSHUB.CC