Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Sempat Azan Zohor,...

Kota Kinabalu : Seorang bilal di Masjid Al-Falah, Kepayan, di sini, disahkan meninggal...

Ada Tiga Saksi Lihat...

Kuala Lumpur : Saksi pendakwaan pertama kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd...

Datuk Vida Kini Sah...

JUTAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida hari ini sah bercerai talak satu dengan...

Kes Kemalangan Di Jalan...

GEORGE TOWN - Pihak polis telah mengklasifikasikan semula kes kemalangan jalan raya awal...

Ujian Patologi HTAR Sah Dihenti Sementara Waktu

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan beberapa ujian di Jabatan Patologi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor dihentikan buat sementara waktu.

Menurutnya, tindakan itu terpaksa diambil berikutan kekurangan kewangan selain peningkatan bilangan pesakit di negara ini.

“Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang baik dengan sumber yang terhad tetap menjadi salah satu cabaran terbesar dalam mana-mana sistem penjagaan kesihatan di dunia; terutamanya apabila permintaan untuk perkhidmatan kesihatan meningkat.

“Oleh itu, untuk memastikan bahawa penting peruntukan perkhidmatan kesihatan tidak terganggu, Kementerian Kesihatan sedang menilai sejauh mana kelemahan kewangan kita, dan mengoptimumkan dan pembahagian semula sumber yang terhad untuk keperluan yang paling diperlukan.

“Ini adalah untuk memastikan makmal kami akan terus melakukan siasatan diagnostik terpenting,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

Dalam pada itu, pihak Kementerian Kesihatan turut berjanji akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan cekap kepada rakyat.


Noor Hisyam membuat kenyataan itu setelah surat pekeliling pemberhentian sementara ujian patologi di HTAR, tersebar menjadi viral di laman sosial.

Surat pekeliling yang tersebar.
Surat pekeliling yang tersebar.

Surat pekeliling bertarikh 6 September itu menyatakan Jabatan Patologi terpaksa memberhentikan beberapa ujian kerana mengalami masalah kewangan bagi pembelian reagent.

Dalam surat tersebut turut memaklumkan bahawa ujian akan dibuka semula sebaik menerima peruntukan tambahan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori