Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Banjir: Gesa Kerajaan Pusat...

KOTA BHARU - UMNO Kelantan akan meminta kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan rumah kekal...

Warga Asing Diarah Kosongkan...

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tempoh selama tiga bulan...

Perempuan Ni Nak Smule...

TAK dinafikan aplikasi Smule menjadi perhatian sejak kebelakangan ini lebih-lebih buat penggemar karaoke.Aplikasi...

Seorang Maut, Dua Cedera...

KLUANG : Lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 33.5...

Kekasih Diganggu, Lelaki Ini Ada Cara Balas Dendam

Bosan kerana teman wanitanya diganggu oleh lelaki lain menerusi Facebook, seorang lelaki mempunyai cara tersendiri untuk menangani keadaan itu, iaitu dengan membalas dendam terhadap lelaki terbabit.

Karl Hughes, 28, telah menghantar sekeping gambar separuh bogel, tetapi ia bukan gambar kekasihnya Jessica Davidson, 21, tetapi gambar dirinya sendiri.

Gambar itu pula hanya menunjukkan Karl memakai seluar dalam Jessica.

Karl menjadi berang apabila lelaki itu sering menghantar mesej berbaur seks kepada teman wanitanya lalu dia memutuskan untuk masuk campur dan menyamar sebagai Jessica sambil melayan lelaki terbabit bersembang di Facebook.

“Lelaki ini mula menghantar mesej kepada Jessica selepas melihat kami bersama bayi kami dan agak aneh kerana sudah pasti dia tahu bahawa kami bersama.

“Ketika Jessica tidur, saya dapat melihat mesej berbaur seks masuk ke dalam Facebooknya,’’ kata Karl.


Karl kemudiannya memakai seluar dalam Jessica dan menghantar gambar itu kepada lelaki terbabit

Selepas menghantar gambar berkenaan, lelaki itu telah mendiamkan diri dan Karl percaya bahawa lelaki itu terlalu malu dengan keadaan tersebut hingga tidak mampu membalasnya.

Menurut Karl, Jessica mengenali lelaki itu tetapi mereka sudah tidak bertegur sapa sejak beberapa tahun lalu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori