Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pakar Patologi, 5 Lelaki...

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini mengekalkan sabitan terhadap bekas pakar patologi Dr...

Wanita Australia Mengandung Kali...

TIADA yang mustahil. Itu yang berlaku terhadap seorang wanita dari Australia apabila dia...

Perintah Gaji Minimum 1...

PUTRAJAYA - Perintah Gaji Minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan...

Video: Kisah Cinta Viral...

KISAH cinta tanpa sempadan sepasang kekasih yang tinggal di Kota Bharu, Kelantan dan...

Kelewatan Elaun Wang Saku Pelajar Matrik Tidak Akan Ulang

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan memberi jaminan Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) yang tertangguh pembayarannya kepada sejumlah 21,000 pelajar kolej matrikulasi di seluruh negara sejak Ogos lalu, tidak akan berulang.

Timbalan Menterinya Datuk P. Kamalanathan berkata kementerian akan berusaha memastikan perkara seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.

“Kementerian memohon maaf atas kelewatan pembayaran Elaun Wang Saku membabitkan Ogos, September dan Oktober dan kita berjanji perkara itu tidak akan berulang pada masa hadapan.

“Pembayaran elaun itu akan diselesaikan secepat mungkin dan wang akan dibayar melalui akaun pelajar masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara Larian Cergas Ceria Dutch Lady di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Hadir sama anggota Lembaga Pengarah Dutch Lady Malaysia Datuk Dr Mohd Nordin Mohd Nor.


Pada program itu, kira-kira 1,000 murid mengambil bahagian dalam larian sejauh tiga kilometer sekitar Pengkalan Chepa dalam usaha menyemai budaya hidup sihat serta meningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Semalam, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata kementerian komited dan berusaha untuk memastikan penyaluran elaun kepada 21,000 pelajar di 15 kolej matrikulasi di seluruh negara dibayar selewat-lewatnya pada 18 Okt ini.

Menurut kenyataan itu, kelewatan pembayaran elaun itu disebabkan kementerian perlu menjajarkan semula baki peruntukan kewangan yang sedia ada agar ia dapat digunakan secara optimum. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori