Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

JBPM Buka Pengambilan 253...

BACHOK - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan kini membuka permohonan bagi...

Malaysia Pusat Auto Asia...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta terkenal, PSA Group dari Perancis mempunyai rancangan besar...

Video: Reaksi Masyarakat Apabila...

UCAPAN salam (Assalamualaikum) yang bermaksud 'selamat sejahtera ke atas kamu' merupakan ucapan yang...

Hakim Tarik Diri Daripada...

PUTRAJAYA - Seorang daripada tiga hakim yang menganggotai panel Mahkamah Rayuan hari ini...

Keluarga Paksa Kahwin Lagi, Lelaki Nekad Potong Kemaluan

DUBAI – Seorang lelaki Asia berusia 26 tahun nekad memotong kemaluan sendiri selepas enggan menerima desakan anggota keluarga yang menghendakinya untuk berkahwin lagi.

Menurut laman berita Gulfnews.com, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dikejarkan ke sebuah hospital oleh saudara lelakinya bersama-sama organ yang dipotong.

Kejadian pelik tersebut difahamkan berlaku pada sembilan hari lalu di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Keluarga Paksa Kahwin Lagi, Lelaki Nekad Potong Kemaluan

Keluarga Paksa Kahwin Lagi, Lelaki Nekad Potong Kemaluan

Penasihat dan Ketua Jabatan Urologi Hospital Al Qasimi, Dr. Younis Al Shamsi, yang menjalankan pembedahan ke atas mangsa memberitahu bahawa mujur organ sulit yang dipotong itu berjaya dicantum semula.

Tambahnya, kes seumpama itu jarang-jarang berlaku dan mendakwa mangsa berkemungkinan menghidap masalah mental yang mendorongnya bertindak sedemikian.


Jelas Dr. Al Shamsi lagi, kejadian itu berpunca apabila ibu bapa lelaki itu memaksanya berkahwin lagi meskipun sudah punya isteri yang menetap di negara asalnya.

Tertekan dengan desakan ibu bapanya, mangsa yang dalam keadaan marah mengambil pisau lalu memotong batang kemaluannya.

Mangsa pada awalnya enggan menjalani pembedahan tetapi bersetuju selepas dipujuk oleh doktor dan saudara lelakinya.

Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis Sharjah dan mangsa akan disoal siasat selepas dibenarkan keluar dari hospital tempatnya dirawat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori