Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Sanggup Makan Ayam Goreng...

SAYAP ayam goreng biasanya tidak dianggap sebagai hidangan mewah, tetapi pengusaha restoran di...

Penerbangan Ihsan Bantu Bayi...

KOTA BHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini melakukan penerbangan ihsan...

Dr Mahathir Kembali Ke...

KUALA LUMPUR ā€“ Negarawan ulung Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja muncul sebagai...

Kakak Mangsa Serah Kepada...

ALOR SETAR - Kakak kepada suspek yang meninggal dunia selepas dipukul oleh orang...

RUU355: Usul PAS Membimbangkan PKR

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang diusulkan PAS di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah sebagai membimbangkan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan rasmi PKR mengenai usul tersebut menegaskan, perkara paling membimbangkan dalam usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berhubung skop hukuman ke atas pesalah syariah.

Beliau tidak menyatakan secara terbuka penentangan PKR ke atas RUU355, namun menegaskan sebarang pindaan untuk meminda undang-undang berkaitan kesalahan jenayah di negara ini wajib dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Isteri banduan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun secara terus terang menyatakan PKR mempunyai beberapa kemuskilan dan keraguan berkaitan RUU355 seperti yang dibentangkan oleh Abdul Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang baru-baru ini.

“Oleh kerana RUU 355 ini melibatkan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah berhubung dengan melanggar lunas-lunas Islam, maka skop hukuman yang dicadangkan bagi undang-undang ini perlu cukup jelas.

“Apa-apa pindaan undang-undang yang memberi kuasa untuk menghukum wajib terang dalam maksudnya. Apa-apa perubahan juga perlu jelas supaya undang-undang baru ini adalah selaras dengan apa yang difahamkan sebagai lunas-lunas Islam sendiri. Perbincangan perlu juga atas aspek sama ada pindaan ini adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.


Usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah melalui RUU355 mendapat tentangan hebat parti-parti komponen Pakatan Harapan terutama DAP yang menyifatkan RUU355 merupakan strategi PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia.

Beberapa pemimpin DAP sebelum ini mendakwa hudud yang dicadangkan oleh PAS bercanggah dengan Perlembagaan Negara, undang-undang lapuk dan ketinggalan zaman malah akan mengundang bias kepada golongan lemah terutama kaum wanita.

RUU355 turut dikecam parti Islam yang mewakili Pakatan Harapan iaitu Parti Amanah Negara (PAN) kerana mendakwa terdapat banyak kekeliruan yang menimbulkan keresahan bukan Islam di negara ini.

“Pendirian PKR untuk RUU355 dibahaskan adalah bersyarat bahawa mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti mematuhi dan memenuhi prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan dalam Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia,” tegasnya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori