Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nelayan Pantai Di Perlis...

KUALA PERLIS - Kira-kira 1,000 nelayan pantai di negeri ini lega dengan jaminan...

Khidmat Mazlan Sebagai Pengerusi...

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) menamatkan khidmat Datuk Mazlan...

Penerbangan MH020 Terhempas Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin yang...

PR1MA Terima Kelulusan Pembangunan...

KUALA LUMPUR - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah menerima kelulusan bagi Perintah Pembangunan...

Kelantan Hanya Runding Orang Asli Tempatan Isu Balak

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hanya akan bertemu dengan penduduk Orang Asli yang tinggal di kawasan yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perjumpaan yang dirancang diadakan dalam tempoh terdekat itu tidak akan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik yang cuba campur tangan dalam isu pembalakan tersebut.

“Kita memang ada menerima laporan berkaitan isu sekumpulan Orang Asli membantah aktiviti pembalakan di kawasan tersebut tetapi ianya lebih kepada salah faham selain wujud unsur hasutan daripada pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan Orang Asli,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Amar diminta mengulas mengenai tindakan penduduk Orang Asli yang berhimpun dan membina sekatan di laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering di sini sejak 26 Sept lepas.

Kumpulan berkenaan menggesa semua aktiviti pembalakan di HSK Balah yang berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mendakwa aktiviti itu merosakkan alam sekitar dan memupuskan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.


“Jika ianya membabitkan isu alam sekitar, kita ada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengawasi kerja pembalakan. Mereka (JAS) akan membuat laporan dan sekiranya ada kesalahan, kes boleh dibawa ke mahkamah dan pihak terbabit boleh didenda atau caj tertentu (dikenakan) jika sabit kesalahan,” kata Mohd Amar.

Beliau berkata adalah tidak tepat sekiranya menuduh kerajaan negeri tidak peduli dengan nasib masyarakat tersebut yang tinggal di kawasan pedalaman Kelantan.

“Sebenarnya tiada isu besar di situ dan kita jangkakan akan menerima laporan terperinci dalam tempoh sehari dua lagi,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, belum ada sebarang permohonan daripada Orang Asli terbabit untuk membuat perjumpaan namun kerajaan negeri akan mencari satu tarikh yang sesuai untuk bertemu mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori