Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kadir Tegur Menteri: Semua...

PEMIMPIN Pakatan Harapan patut turut mempromosikan Malaysia kepada pelabur dalam dan luar negara...

Anak Derhaka Potong Kepala...

SEORANG anak derhaka yang tikam ibunya dan memotong mayatnya dengan gergaji sebelum berselfie...

Kelewatan Elaun Wang Saku...

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan memberi jaminan Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) yang...

Kembali PKP Jika Kebolehjangkitan...

PUTRAJAYA - Tahap pematuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan,...

Kerajaan Negeri Pahang Komited Pelihara Alam Sekitar

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata hampir 58 peratus daripada 3.59 juta hektar keluasan negeri Pahang masih diliputi hutan.

Adnan berkata keadaan ini jelas menunjukkan, walaupun berdepan dengan tuntutan arus pembangunan yang pesat dan kekurangan sumber kewangan, namun kerajaan negeri masih berupaya mengekalkan khazanah hijau yang melebihi 50 peratus daripada keluasan tanah negeri.

Menurutnya langkah itu bagi bagi membolehkan kawasan hutan yang menjadi tempat perlindungan pelbagai flora dan fauna terus terpelihara kerana ia turut menjadi sumber air untuk sungai-sungai utama di negeri ini.

“Sejak saya dilantik menjadi menteri besar lagi, 17 tahun yang lalu, saya sendiri telah mengambil inisiatif dengan mewartakan lebih 300,000 kawasan hutan untuk dijadikan kawasan tadahan air dan ia jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam hal ini, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Adnan berkata dasar perhutanan dan undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang khazanah alam itu daripada diteroka secara berleluasa, namun beliau tidak menafikan kelemahan dari segi penguatkuasaan menjadi punca pihak-pihak yang berkenaan gagal mematuhi peraturan.

“Sebelum memberi kelulusan (pembalakan) kita telah mengambil kira pelbagai faktor dengan mengenakan pelbagai syarat untuk dipatuhi termasuk mereka perlu melakukan zon penampan, namun ia hanya tinggal di atas kertas.


“Sehubungan itu jabatan yang berkenaan perlu lebih proaktif dalam hal ini (penguatkuasaan) dan perlu turun padang untuk pastikan syarat menyediakan zon penampan ini dipatuhi dan pihak kontraktor juga perlulah patuh pada syarat yang ditetapkan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Adnan turut berharap kerajaan pusat dapat menyediakan peruntukan khas untuk kerajaan negeri melakukan pemuliharaan hutan di negeri ini yang turut menjadi punca utama bekalan air ke negeri-negeri berhampiran.

Sementara itu lebih 1,000 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, ahli akedemik, cendiakawan, badan bukan kerajaan (NGO) menyertai bengkel selama dua hari yang dianjurkan oleh kerajaan negeri itu.

Adnan berkata ia diadakan bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak untuk mencari kaedah terbaik bagi membolehkan sumber air Pahang dapat diuruskan secara yang lebih lestari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori