Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Trump Pilih Malpass Calon...

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu mengumumkan bahawa beliau telah memilih...

Sebahagian Baucer MSN Ditandatangani...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu sebahagian baucer bayaran kepada Majlis...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang...

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan...

Vokalis Utama Patah Kaki,...

BARU-baru ini vokalis kepada kumpulan rock popular Foo Fighters, Dave Grohl telah patah...

Kerajaan Pusat Mahu Kuasa Tutup Kilang Haram Tepi Sungai

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan bercadang mengambil alih kuasa daripada kerajaan negeri bagi mengatasi masalah pencemaran sungai disebabkan oleh kilang haram yang beroperasi berhampiran sungai.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia berikutan kerajaan negeri didapati tidak serius dalam menangani pencemaran seperti berlaku di Sungai Semenyih, Selangor, bulan lalu.

Sehubungan itu, katanya, satu mesyuarat Majlis Alam Sekitar Negara akan diadakan Isnin depan bagi berbincang mengenai keputusan membolehkan Kerajaan Persekutuan diberi kuasa untuk menutup kilang haram di tepi sungai.

“Pada mesyuarat ini, saya akan senaraikan kilang dan premis yang beroperasi di tepi sungai yang berpotensi berlaku pencemaran. Jika majlis bersetuju, kementerian akan diberi kuasa untuk mendaftarkan kilang atau premis haram ini.

“Selepas menjadi premis yang didaftarkan, barulah kita menerusi Jabatan Alam Sekitar boleh ambil tindakan undang-undang termasuk menutup operasi mereka.


“Saya pernah minta kerjasama kerajaan negeri supaya mengambil tindakan terhadap kilang dan premis haram ini, tapi ia tidak berlaku.

Jadi, saya sendiri perlu ambil tindakan,” katanya pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen di sini, sebentar tadi.

BH sebelum ini melaporkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa ditutup semula buat kali ketiga pada 22 September lalu berikutan pencemaran di Sungai Lalang, Semenyih, oleh sebuah kilang haram sehingga menjejaskan lebih 1.2 juta pengguna di kawasan sekitar. – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori