KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor mengarahkan persediaan bagi menghadapi bencana tahap tinggi di Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam diakibatkan oleh fenomena air laut pasang besar.
Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam satu kenyataan media berkata, fenomena itu itu diramalkan berlaku bermula 16 hingga 19 Oktober ini di pesisiran pantai Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.7 meter.
“Sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku, risiko berlaku banjit akan meningkat,” kata kenyataan itu yang diwar-warkan kepada media hari ini.
Menurut kenyataan itu, kerajaan Selangor menasihatkan penduduk di kawasan berisiko supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah persediaan.
Menurutnya, penduduk terlibat diminta mendaftar dan berpindah ke pusat pemindahan berdekatan yang dibuka bermula pukul 2 petang, 15 Oktober 2016. – mynewshub.cc
I like this site very much, Its a really nice spot to read and receive info.Blog monetyze