Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kit Siang Anggap PAS...

KUALA LUMPUR - DAP menganggap tindakan sekumpulan ahli PAS Selangor menaikkan poster mengutuk...

Permintaan Lemah, Ringgit Didagang...

KUALA LUMPUR – Ringgit didagangkan rendah berbanding dolar US hari ini akibat permintaan...

SPR Sokong Syor ERC

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyokong syor Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan...

823 Aduan Diterima Sejak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima 823...

Kereta Terbabas Masuk Parit, Graduan Tak Sempat Konvo

BEBERAPA jam sahaja lagi sebelum dianugerahkan Diploma Alam Sekitar dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), seorang graduan, Nurul Azmina Alias; 21, telah disahkan terkorban dalam nahas jalan raya yang berlaku di Sabak Bernam, pagi tadi.

Memetik Harian Metro, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa gagal mengawal kenderaan yang dipandu sebelum terjunam ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter.

Mangsa yang berasal dari Cheras memandu sendirian kereta Proton Perdana milik bapanya untuk menghadiri majlis konvokesyen hari ini.

Menurut Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, pihaknya menerima panggilan jam 8.14 pagi dan lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam bergegas ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan kereta yang terbabas sendiri dan ketika anggota tiba di lokasi mangsa sudah dikeluarkan orang awam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.


Sementara itu, akaun Twitter Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, PSIS merakamkan ucapan takziah dan menitipkan Al-Fatihah buat mangsa. – MYNEWSHUB.CC

girl1

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori