Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Cukai Pelancongan Hanya Hotel...

PUTRAJAYA - Isu cukai pelancongan yang sebelum ini 'panas' kini makin lega ekoran...

Anjing Terkejut Gigit Kepala,...

BATU PAHAT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera parah akibat digigit...

Palsukan MC, Juruwang Pusat...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memalsukan cuti sakit dan menjualnya dengan harga RM25, seorang...

3 Sekolah Ungguli ‘National...

SHAH ALAM - Tiga sekolah masing-masing satu dari Melaka, Johor dan Sabah dinobatkan...

Kes Rasuah Di Sabah, Netizen Terkejut Bil Air RM20K

BERITA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menjumpai wang tunai RM52 juta wang tunai dalam sebuah rumah milik pegawai kanan agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini ternyata menggemparkan seluruh rakyat negara ini.

Sehinggakan ada yang menyifatkan penemuan wang rasuah terbesar ini layak berada dalam Guinness World Record.

Ketika isu itu masih lagi hangat diperkatakan satu Malaysia, netizen dikejutkan pula dengan sehelai bil air dari Sabah berjumlah RM24,070.30.

Kes Rasuah Di Sabah, Netizen Terkejut Bil Air RM20K

Bil yang dimuat naik oleh Sumandak @Eezaleeza menerusi laman Twitter itu sekali gus mendapat perhatian dan menjadi viral menerusi media sosial.

“Hai Jabatan Air Sabah, Pengarah kena tangkap RM50 juta terus kami kena bayar bil air RM20 ribu sebulan ka? What the? tulisnya.

Sementara itu, Sumandak turut menjelaskan bil itu adalah milik kilang sepupunya dan bukan bil rumah kediaman seperti sangkaan ramai.


“Ini kilang cousin, usually RM500 – RM600. Kalau air kena curi pun paling-paling RM1 ribu – RM2 ribu sebulan. This month tiba-tiba RM20 ribu,” tulisnya.

Rata-rata netizen pula dilihat menzahirkan rasa terkejut selain menjadikan jumlah bil itu sebagai jenaka yang dikaitkan dengan kes rasuah yang berlaku di Sabah.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada terdapatnya tunggakan besar yang terkumpul pada bulan-bulan terdahulu dan belum dijelaskan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori