Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PICK Buka Laluan Untuk...

KUALA LUMPUR - Buat tahun kedua berturut-turut sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia...

Putrajaya Catat 100 Peratus...

Kuala Lumpur : Pusat pentadbiran negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan 100 peratus penggunaan...

Pesawat Nomad Beroperasi Secara...

PETALING JAYA: Pesawat Nomad buatan Australia yang terjunam di Sembulan, Sabah pada 1976...

116 Inisiatif Di Bawah...

KUALA LUMPUR - Lebih 80 jabatan dan agensi kerajaan telah melaksanakan 116 inisiatif...

Viral Perbuatan Khianat, Kesas Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Kesas Sdn. Bhd. telah membuat laporan polis berhubung perbuatan khianat dan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu tidak bertanggungjawab di lorong motosikal Lebuhraya Shah Alam (LSA) awal pagi semalam.

Baca: Leher Berbirat Gara-Gara ‘Jerat’ Dawai Penyamun

Kesas dalam kenyataan hari ini berkata gambar perbuatan khianat itu turut diserahkan kepada polis untuk siasatan.

“Kejadian yang berlaku sebenarnya telah ditemui sewaktu rutin rondaan dijalankan Kesas Ronda di lorong motosikal LSA pada 5 pagi semalam dan tiada penunggang atau pengguna lorong motosikal terlibat atau cedera.

“Tindakan segera pihak Kesas Ronda itu berjaya menggagalkan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu yang tidak bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu Kesas sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi memantau keselamatan di lebuh raya terlibat termasuk rondaan bermotosikal 24 jam akan dipergiatkan bagi membanteras kegiatan seumpama itu berulang.


Sementara itu, jurucakap Kesas ketika dihubungi Bernama mengesahkan terdapat seorang anggota peronda Kesas cedera ringan akibat perbuatan khianat itu selepas lehernya tersangkut pada dawai yang dipasang merentangi laluan motosikal LSA bertujuan mencederakan mangsa sebelum dirompak.

Mangsa yang cedera ringan melakukan rondaan bersendirian ketika itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori