Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rakyat Terkesan Covid-19, Hilang...

BERA: Rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan tidak...

Penduduk Ambil Inisiatif Wujud...

KUALA NERANG – Tajak, kuku kambing, keri dan parang lading merupakan antara peralatan...

Tak Perlu Ke Maldives.....

TOURISM Johor dengan sokongan Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM) menganjurkan satu program Fam...

Kawasan Terjejas Bekalan Air...

KUALA LUMPUR - Pemulihan bekalan air berjadual ke kawasan-kawasan di Zon 2 yang...

Kesedaran Potensi & Kehebatan Wakaf Perlu Diperluaskan

KUALA LUMPUR – Kesedaran memperkasakan potensi dan kehebatan wakaf perlu diperluaskan bagi membantu mengukuhkan ekonomi masyarakat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Hakikatnya, kata beliau tahap kefahaman masyarakat Islam di negara ini mengenai wakaf masih terkebelakang berbanding negara lain.

“Contohnya dalam institusi pendidikan bukan sahaja negara Islam seperti Turki dan Mesir yang terkedepan malah negara Barat banyak berorientasikan wakaf seperti universiti Havard dan Cambridge.

“Mereka (universiti) bukan bergantung kepada dana kerajaan tapi endowment (pemberian derma yang kekal) iaitu konsepnya sama dengan wakaf, sekali gus manfaatnya dapat mengurangkan kos operasi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Sijil Wakaf Tunai Pendidikan, Kesihatan dan Pembangunan Ekonomi yang melibatkan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan CIMB Islamic Bank Berhad.


Asyraf Wajdi berkata masih ramai yang tidak memahami konsep wakaf yang manfaat sebenarnya adalah berterusan berbanding amalan bersedekah yang bersifat sementara.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai YWM Datuk Prof Dr Sudin Haron berkata tiga produk terbaharu itu merupakan variasi pilihan kepada pewakaf untuk berwakaf secara tunai khususnya dalam aspek pendidikan, kesihatan dan pembangunan ekonomi.

Katanya pewakaf boleh menggunakan platform wakaf perbankan secara tunai bermula RM10 seunit melalui atas talian CIMB Clicks! dan setiap individu akan diberikan sijil wakaf. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori