BINTANG antarabangsa, Kim Kardashian memberitahu bahawa dia risau dirinya menjadi mangsa rogol oleh lima perompak yang memecah masuk ke apartmenya di Paris, Perancis awal Isnin lalu.
Menurut Kim, 35, ketika kejadian tersebut berlaku, dia hanya memakai jubah mandi dan dia juga telah dibawa ke dalam bilik mandi secara paksaan, dengan tangannya diikat.
Sebelum itu, Kim sedang baring di atas katilnya kemudian terdengar bunyi orang menaiki tangga di apartmen mewah dua tingkat milik suaminya, Kanye West.
BACA:Â Rumah Mewah KimK Dirompak, Kepala Diacu Pistol
Menurut portal TMZ, perompak tersebut telah merampas telefon bimbit Kim dan mengikat tangannya sebelum dia sempat menelefon sesiapa untuk meminta bantuan.
Ketika kejadian, Kim berada di rumah tersebut bersama kawan baiknya yang juga merupakan seorang pereka fesyen, Simone Harouche, sedang berehat di sebuah bilik di tingkat bawah.
Simone segera menelefon pengawal peribadi Kim yang ketika itu berada di sebuah kelab malam bersama dua orang adik Kim, Kourtney dan Kendall.
JUGA BACA: Polis: Tayang Kemewahan Di IG Punca Kim K Dirompak
Tambah TMZ, dalam keadaan cemas dan khuatir dirinya dirogol, Kim telah merayu agar perompak tersebut tidak mengapa-apakan dirinya kerana dia mempunyai dua anak yang masih kecil.
Dia kemudia telah memberitahu perompak-perompak itu di mana dia menyimpan barang kemasnya.
Selepas kejadian, terdapat beberapa media massa Eropah dan Amerika Syarikat menyalahkan Kim dengan menyatakan dia menjadi mangsa perbuatannya sendiri kerana suka dedah kekayan dalam media sosial. – MYNEWSHUB.CC