Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dikelar, Rantai Emas...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan cedera di bahagian leher dan bahu...

Azmin Ulangi Pendirian PKR...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengulangi...

Polis Pahang Tumpas Kumpulan...

KUANTAN - Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan peminjam wang tanpa lesen atau Ah...

Dokumentari Guru Pedalaman Bakal...

TENOM - Satu dokumenteri mengenai perjalanan hidup guru di kawasan pedalaman bakal diterbitkan,...

Kim Swee Fokus Tajam Serangan Hadapi Piala AFF Suzuki

SHAH ALAM – Selepas gagal mencatatkan kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut, pengendali skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee mahu fokus untuk memperkukuhkan barisan serangan negara.

Katanya, beliau perlu memperbaiki kelemahan di bahagian serangan sebelum kempen Piala AFF Suzuki bermula pada 19 Nov di Myanmar untuk mencapai sasaran iaitu mara ke peringkat akhir.

“Saya percaya bahawa kita sepatutnya menang perlawanan tadi, terutama dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain pada separuh masa kedua. Saya akan fokus pada latihan untuk memperbaiki dan mendapatkan corak serangan yang lebih kemas sebelum perlawanan pertama Piala AFF pada 21 Nov.

“Bagaimanapun saya cukup kagum dengan prestasi yang ditunjukkan oleh barisan pertahanan hari ini,” katanya pada sidang media selepas seri 1-1 dalam aksi persahabatan menentang Afghanistan di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Pada aksi malam ini, Afghanistan yang menghuni ranking ke-149 dunia, terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-33 menerusi Noarollah Amiri sebelum Muhd Hadin Azman menyamakan kedudukan pada masa tambahan separuh masa pertama.

Untuk rekod, dalam tiga perlawanan terakhir, skuad Harimau Malaysia hanya menjaringkan satu gol pada malam ini, selepas terikat tanpa jaringan bersama Singapura pada Jumaat lalu dan tewas 3-0 kepada Indonesia 6 Sept lalu.


Sementara itu, ketua jurulatih Afghanistan, Petar Segrt kecewa dengan kurangnya kehadiran peminat tempatan semasa perlawanan itu.

“Bagaimanapun, Saya berpuas hati dengan prestasi anak-anak buah saya. Kami menguasai permainan pada masa pertama, mempunyai peluang baik dan bermain dengan bersemangat. kami juga gembira dengan menjaringkan gol pertama,” katanya.

Malaysia hanya mencatatkan tiga kemenangan daripada 11 perlawanan sepanjang tahun ini, iaitu dua kemenangan 3-0 ke atas Timor Leste dalam aksi playoff kelayakan Piala Asia 2019 pada Jun lalu dan kemenangan keatas New Caledonia, yang kemudian tidak diiktiraf oleh FIFA kerana kesilapan teknikal di pihak penganjur.

Skuad kebangsaan seterusnya dijangka berhadapan dengan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea pada 14 Nov di Malaysia, sebelum Kim Swee memuktamadkan senarai 23 pemain untuk Piala AFF yang akan bermula 19 November hingga 17 Disember ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori