Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Semua Pekerja MAS Baharu...

KUALA LUMPUR - Hampir 14,000 petugas yang menerima tawaran bekerja dengan Malaysia Airlines...

Video: Khatib Temui Ajal...

RAKAMAN video memaparkan seorang khatib tiba-tiba rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat menjadi tular...

Masih Belum Lagi Terlambat...

MIAMI (Amerika Syarikat) - Seorang wanita akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada usia 80...

Erma Sunting Joyah Vegas...

NAMA Mak Cun mungkin sudah terpahat dalam ingatan peminat-peminat drama Melayu. Selepas drama Mak...

KKM Beri Rawatan Terbaik Mangsa Belon Meletup

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan akan memberi rawatan terbaik kepada 30 orang mangsa yang cedera dalam kejadian belon berisi gas meletup di Dataran Batu Burok, Terengganu semalam.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang turut menzahirkan rasa sedih dengan kejadian berkenaan berkata kerajaan juga akan menyediakan bantuan kepada mangsa dalam usaha memulihkan keadaan mereka.

“Satu perkara yang menyedihkan ianya adalah program anjuran di bawah kementerian sempena Hari Penglihatan Sedunia dan ini memang satu program di mana belon yang diisi dengan gas helium dan dilekatkan di bawah.

“Saya dimaklumkan kemungkinan ada yang menggunakan pemetik api ketika hendak meleraikan ikatan sehingga berlaku letupan banyak belon,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, belon gas meletup setelah dikatakan seorang petugas program ‘Walk For The Blind’ itu cuba membuka ikatan belon yang terbelit dengan menggunakan pemetik api.


Kesemua mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Dr. Subramaniam berkata beliau akan melihat dan meneliti kembali prosedur yang dibenar untuk digunakan semasa mengendalikan sesuatu program dengan mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan berhubung penggunaan belon pada sebarang tempat atau majlis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori