Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Angkat Sumpah Perdana...

KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan...

Wilayah Persekutuan: Putrajaya, KL,...

KUALA LUMPUR - Wilayah Persekutuan kekal unggul menerajui kecemerlangan tanpa tercalar atau terpalit...

Lebuhraya PLUS Tapah-Gopeng Ditutup...

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Utara-Selatan antara Tapah-Gopeng ditutup kedua-dua hala sejak tengah hari...

Permohonan Inkues Kematian Nora...

KUALA LUMPUR - Permohonan inkues oleh keluarga terhadap kematian Nora Anne Quoirin sudah...

KKM Siasat HSA Tiada Sijil Perakuan Bomba

JOHOR BAHRU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan bangunan Hospital Sultanah Aminah (HSA) tidak selamat kerana tiada Sijil Perakuan Bomba (FC).

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, beliau akan berbincang mengenai perkara itu dengan pihak hospital dan bomba mengenai status bangunan asal HSA, yang dibuka sejak 1938.

Ini ujar beliau, sijil sedemikian bukan mustahak ketika itu memandangkan bangunan hospital tersebut dibina pada kurun ke-19, dan kemungkinan ia tiada keperluan untuk mendapatkan FC.

“Tentang sijil itu, saya tidak tahu, ini kena siasat dulu. Hospital ini pun dibuka sudah lama pada akhir abad ke-19 lalu, tiada keperluan pada ketika itu untuk mempunyai FC daripada pihak bomba.

“Namun, selepas keperluan FC itu berfungsi, setiap penambahbaikan atau peralatan, perkhidmatan dan pembinaan baru yang dibuat ke atas hospital ini, ada mendapatkan pengesahan pihak bomba,” katanya.

Subramanian menyatakan demikian ketika sidang media di HSA di sini, hari ini. Beliau namun berkata, semua perkhidmatan dan peralatan yang digunakan di hospital itu mendapat pengiktirafan pihak bomba.

Malah jelas beliau lagi, alat-alat pencegahan kebakaran yang secukupnya turut ada disediakan berdasarkan kepada keperluan prosedur operasi standard yang ketat bagi risiko sesebuah bangunan kerajaan.


Kata Subramaniam, pihak HSA dan bomba juga menjalinkan kerjasama berterusan selain soal pembinaan blok baharu atau penggunaan peralatan di hospital adalah melalui sistem perundangan yang ada.

Muka hadapan sebuah akhbar hari ini melaporkan dakwaan bahawa HSA adalah tidak selamat kerana sistem keselamatan pencegahan kebakaran kurang lengkap, manakala FC pun masih dalam permohonan.

Kelemahan ini dipercayai menjadi antara faktor berlaku tragedi kebakaran pada Selasa lalu yang mengorbankan enam pesakit dan satu lagi kebakaran kecil keesokannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori