Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kuota Khas Rumah Mampu...

PORT DICKSON - Kerajaan negeri akan mewujudkan kuota khas bagi setiap kategori Rumah...

Kulit Mayat Pengamal Ilmu...

'PENEROKAAN' sekumpulan pakar arkeologi di sebuah kawasan perkuburan purba di Thailand membawa kepada...

TH Tunggu Kelulusan Ketua...

PUTRAJAYA - Tabung Haji masih menunggu kelulusan Ketua Audit Negara berhubung pengumuman pembayaran...

Tiru Range Rover Evoque,...

LONDON – Pembuat kereta terkemuka Britain, Jaguar Land Rover bercadang untuk mengambil tindakan...

Kontrak Nabil Dibatalkan Selepas Instagram Digodam

AKIBAT Instagramnya digodam, beberapa kontrak melibatkan kerjaya pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad telah dibatalkan.

Menurut Nabil, tindakan itu diambil kerana beberapa syarikat lebih menitikberatkan kepada jumlah pengikut di laman Instagram dan sudah termaktub dalam perjanjian.

“Selepas dapat tahu Instagram saya digodam, pelanggan tidak rungut atau buat sebarang aduan sebaliknya mereka terus batal perjanjian. Bukan apa, perkara itu memang dinyatakan dalam kontrak.

“Bukan itu saja, beberapa urusan perniagaan membabitkan ulasan di Instagram juga tidak diteruskan. Ini kerana jumlah pengikut di akaun baru saya tidak cukup kuat,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak rugi setakat itu, Nabil yang dahulunya mempunyai 1.2 juta pengikut turut terlepas beberapa projek penting selepas insiden Instagramnya digodam.

“Kebanyakan syarikat sekarang yang ingin menggunakan khidmat artis sebagai duta atau jurucakap mengutamakan jumlah pengikut di Instagram, malah perkara itu yang ditanya terlebih dahulu.

“Sekarang saya terlepas beberapa projek apabila mereka mendapat tahu jumlah pengikut Instagram saya masih lagi sedikit,” katanya.


Dalam pada itu, Nabil akui sedang berusaha mendapatkan akaun lamanya.

Jelasnya, dia sudah berhubung dengan pihak Instagram dan mereka memberikan tempoh selama tiga minggu. Pun begitu, dia reda sekiranya akaun itu gagal diperoleh semula.

Laman Instagram Nabil yang dikongsi bersama bersama isterinya, Nazirah Ayub telah digodam pada 20 Sebtember lalu. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Nabil

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori