Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ahli Parlimen DAP Selesai...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP dilihat keluar meninggalkan pekarangan pintu dua Istana...

Isu RM2.6 Billion Selesai...

PETALING JAYA - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu RM2.6 bilion yang...

2 Lelaki Samun RM70...

ALOR SETAR - Dua lelaki bersenjatakan kapak dan batang besi menyamun sebuah kedai...

Video: Lucu! Iklan Hari...

SETIAP kali menjelang musim perayaan tertentu, kita sering disajikan dengan iklan hari raya...

Kubang Badak Pikat Pelancong Mewah Ke Langkawi

LANGKAWI – Kubang Badak, sebuah daripada 94 tapak geo di Langkawi, sedang dibangunkan sebagai produk premium untuk menarik lebih banyak pelancong mewah ke pulau peranginan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli berkata hampir RM3 juta dibelanjakan sejak tahun lepas bagi menambah baik kemudahan-kemudahan di sana.

“Kubang Badak akan menjadi pembawa perubahan dalam usaha kami untuk memikat kedatangan pelancong mewah ke Pulau langkawi,” kata beliau kepada para wartawan selepas merasmikan bengkel Pembangunan Pelancongan BioGeoTrail Kubang Badak di sini hari ini.

Menurut beliau, beberapa pakar geologi terkemuka diketuai oleh Penasihat Geopark Langkawi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo, telah membantu LADA dalam membangunkan produk yang bersesuaian dengan pelancongan berasaskan alam semulajadi dan pengetahuan.

“Sebagai permulaan, sekumpulan profesor yang diketuai oleh Prof. Ibrahim telah menerbitkan sebuah buku kecil mengenai BioGeoTrail Kubang Badak yang mengandungi maklumat menyeluruh tentang tempat berkenaan,” katanya.

Khalid berkata penduduk tempatan dan peserta industri pelancongan juga terlibat dalam rancangan ini bagi memastikan mereka berupaya menyebarkan maklumat berkaitan keunikan alam semulajadi di Kubang Badak.


“Seperti (bengkel) hari ini, saya harap para peserta akan mendapat lebih input yang mereka boleh gunakan untuk menyatakan fakta menarik mengenai kepentingan tempat ini,” katanya.

Ibrahim, yang juga Naib Presiden Global Geopark Network (GGN), berkata bengkel ini bertujuan untuk mencari kaedah bagaimana sesuatu penemuan saintifik itu boleh diterjemahkan menjadi kisah yang menyeronokkan untuk disampaikan kepada para pelancong.

“Ia adalah cabaran buat kami para saintis tetapi kami akan cuba dengan memberitahu para peserta tentang penemuan saintifik (berkaitan Kubang Badak) dan kemudian akan meminta mereka bercerita pula kepada kami apa yang menariknya dengan tempat ini,” katanya.

Lima puluh peserta terdiri daripada komuniti Kubang Badak, pemandu pelancong dan kakitangan LADA menyertai bengkel dua hari itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori