Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wujud Desakan PAS Bertanding...

KUANTAN - PAS Pahang mengakui wujudnya desakan daripada akar umbi parti itu di...

Gadis Lelong Dara Untuk...

SEORANG gadis berusia 20 tahun dari Rusia mengambil keputusan untuk melelong dara dalam...

Misi Repatriasi Bawa Pulang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat...

Akhlak Baik Dapat Hindari...

KUCHING – Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Karim Rahman...

Kucing Masuk Studio Kini Jadi Bintang Media Sosial

TANPA disangka, seekor kucing secara tidak sengaja telah menjadi bintang televisyen dan media sosial selepas ia merayau-rayau di dalam studio ketika rancangan “Good Morning Denizli“.

Program bual bicara tersebut yang dihoskan oleh Kudret Çelebioğlu, disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen DRT, di Turki.

Pada mulanya kucing itu sesat dan berdiri di atas kerusi hingga mengganggu Kudret. Ia kemudian naik ke atas meja dan memandang kamera seolah-olah ia merupakan penyampai bersama rancangan terbabit.

Kucing itu kemudiannya duduk di atas komputer riba Kudret, yang ketika itu sedang membacakan tajuk-tajuk utama akhbar tempatan.

Pada masa sama Kudret memberitahu penonton terdapat tetamu yang mengejutkan di studio dan memaklumkan dalam keadaan cuaca sejuk itu, kucing tersebut sudah pasti lapar.

Menurut Kudret, orang ramai sepatutnya memberi makan dan menjaga kucing terbiar yang berada di jalanan. Dia kemudiannya meminta bantuan penolong pengarah studio untuk mengalihkan kucing terbabit dari studio.


Kucing tersebut telah diberikan nama Hüsnü dan dilaporkan telah dipelihara oleh salah seorang kakitangan stesen televisyen terbabit.

Hüsnü kini berjaya menjadikan pujaan hati netizen dan mereka turut memuji tindakan Kudret yang tidak halau kucing berkenaan sebaliknya membiarkan binatang itu duduk di atas komputer ribanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori