Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Terowong MRT Bawah Tanah...

KUALA LUMPUR - Pembinaan dua terowong berkembar MRT di bawah Jalan Bukit Bintang...

Lelaki Warga Australia Hilang...

MIRI - Satu operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan untuk mengesan seorang lelaki...

Kerajaan Sarawak Tidak Demokrasi...

KUALA LUMPUR - "Kerajaan Sarawak menghalang Nurul Izzah Anwar memasuki negeri tersebut tanpa...

Pancaragam SMK Sultan Ibrahim...

MODAL besar dilaburkan Kelab Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) Band...

Lagi Buaya Besar Ditangkap Di Sungai Samarahan

KUCHING – Pasukan Tindakan Cepat Hidupan Liar (SWAT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menangkap seekor lagi buaya jantan bersaiz besar, berukuran 4.1 meter di Sungai Samarahan Isnin lepas.

SFC dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata tangkapan terbaharu itu dianggarkan seberat 500kg, ditangkap hanya kira-kira 200 meter dari jeti Kampung Pinang, Kota Samarahan, kira-kira 30km dari sini.

“Seperti buaya sebelum ini, perut haiwan itu turut dibelah dan isi perutnya diperiksa. Didapati perutnya mengandungi rambut dan tulang yang akan dihantar untuk pemeriksaan forensik bagi mengenal pasti pemiliknya,” kata kenyataan itu.

SWAT akan terus memantau keadaan di sepanjang Sungai Samarahan dan operasi pemusnahan akan dipindahkan ke tempat lain buat masa ini, dan orang awam diingatkan supaya tidak leka dan berjaga-jaga apabila berada di sungai.


Ini merupakan buaya ketiga dimusnahkan semasa operasi SWAT di Sungai Samarahan berikutan serangan buaya di Kampung Baru dan Kampung Pinang sekitar pertengahan September.

Pada 30 Sept, dilaporkan seekor buaya jantan berukuran 2.9 meter ditangkap semasa operasi SWAT di sungai itu, dan seekor lagi berukuran 4.4 meter ditangkap pada 8 Okt lalu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Buaya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori