Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Operasi SAR Di Sungai...

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa hilang dikhuatiri...

Warga Nigeria Dijatuhi Hukuman...

MELAKA - Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah...

Papan Tanda 2 Bahasa...

SHAH ALAM - Keputusan pemasangan papan tanda dwibahasa di Selangor tidak pernah dibawa...

Perak Seragamkan Bayaran Kupon...

IPOH - Kerajaan negeri akan mengumumkan penyeragaman bayaran kupon parkir di semua daerah...

Lagi Kes Tikus ‘Menari’ Dalam Kedai Bakeri Di Mid Valley

KUALA LUMPUR – Seorang wanita terkejut besar apabila menemui seekor bangkai tikus di dalam tempat pemyimpanan roti di sebuah premis bakeri di pusat beli belah Mid Valley, di sini, kelmarin.

Pengguna Facebook yang menggunakan akaun nama Melon Roux mengatakan da tidak menyangka premis bakeri yang agak terkenal itu tidak menyedari kehadiran tikus yang telah mencemari roti mereka.

“Ketika saya sedang pilih roti, rakan saya secara tiba-tiba menjerit, dan membuatkan saya terkejut lalu bertanya apa yang berlaku. Namun dia tidak jawab soalan saya, sebaliknya terus merenung dulang roti di depan matanya itu.

“Apabila saya jenguk apa yang dilihat olehnya, saya tergamam seketika! Saya terus kembalikan segala roti yang telah diambil dan memaklumkan perkara itu kepada kakitangan kedai berkenaan,” katanya.

Lepas Cili Kering, Kini Dalam Kedai Bakeri Pula

Lepas Cili Kering, Kini Dalam Kedai Bakeri Pula

Lepas Cili Kering, Kini Dalam Kedai Bakeri Pula

Susulan insiden berkenaan, pihak Komugi Bakeri memohon maaf dan memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan dengan menutup sementara cawangan di pusat beli belah Mid Valley.

Mengikut kenyataan syarikat itu, langkah berkenaan dibuat bagi membolehkan mereka membantu siasatan dijalankan selepas insiden berkenaan dikesan.

“Aspek keselamatan dan kualiti makanan adalah keutamaan kami dan syarikat ini sentiasa mengambil serius kes berkenaan.


“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan pengurusan pusat beli belah terbabit untuk menyiasat kes yang terpencil ini.

“Sebagai langkah segera untuk bantu siasatan, pihak kami tutup sementara cawangan di Mid Valley Megamall hingga diberitahu kelak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook semalam.

Apa yang lucunya, sebelum kenyataan rasmi itu dikeluarkan, pihak Komugi dalam maklum balas awal mengatakan bahawa kejadian tersebut malah bukanlah pertama kali berlaku!

Kehadiran tikus di kawasan itu sudah menjadi isu yang sedia dimaklumi di pusat beli belah itu dan ia dikatakan pernah banyak kali berlaku.

Lantas membuatkan kenyataan awal pihak Komugi itu dikritik beberapa netizen kerana dilihat cuba menuding jari terhadap pihak pengurusan MidValley. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Komugi Malaysia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori