Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dewan Muslimat PAS ‘Low...

ALOR SETAR - Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS dilihat begitu lantang meminta...

Titah Agong Bijak, Penuh...

KUALA LUMPUR - Rata-rata Ahli Parlimen dan senator menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong,...

Dr Mahathir Keluar Parti...

PUTRAJAYA - Tindakan bekas perdana menteri dan presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad...

Powerbank Terbakar Cetus Panik...

ISTANBUL - Lapangan Terbang Ataturk panik seketika apabila pengecas mudah alih atau powerbank...

Latihan Bebas Beri Keyakinan Buat Hafizh Syahrin

KUALA LUMPUR – Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah sudah menyesuaikan diri dengan permukaan baru di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas mencatat masa kelapan terpantas pada sesi latihan bebas kedua, hari ini.

Beliau ketinggalan 0.767 saat di belakang pelumba Itali Franco Morbidelli dari pasukan Estrella Galicia 0,0 Marc VDS yang mencatat masa terpantas iaitu 2 minit 08.816s.

Pelumba Jepun Takaaki Nakagami dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia kedua terpantas dengan masa 2:08.905s diikuti pelumba Sepanyol Alex Marquez (Estrella Galicia 0,0 Marc VDS) ketiga dengan catatan masa 2:08.916s.

“Pada hari ini penyelarasan jentera saya sangat baik dan pada latihan bebas kedua tadi saya betul-betul yakin serta berpuas hati dengan prestasi saya.

“Selekoh terakhir di Sepang ini memang berbeza daripada tahun lepas, kalau dahulu agak ‘rata’ sikit tetapi sekarang tidak lagi dan itu menyukarkan pelumba untuk menganggarkan bila waktu yang sesuai untuk brek,” kata Hafizh kepada pemberita selepas latihan bebas di sini, hari ini.

Pelumba Petronas Raceline Malayia itu menjelaskan bahawa keadaan cuaca pada hari perlumbaan tidak memberi sebarang kebimbangan kepadanya.


“Hujan atau panas, itu tidak memberi masalah kepada saya kerana saya boleh suaikan diri dengan keadaan itu.

Cuma keadaan di Litar Sepang ini bila cuaca panas pun ada beberapa tempat akan tetap lembap dan basah juga. Itu yang bahaya dan saya perlu lebih hati-hati,” katanya.

Hafizh akan beraksi pada pusingan kelayakan esok dalam misi untuk mencatat masa terpantas bagi memudahkan laluannya untuk menaiki podium pertama pada musim ini di halaman sendiri.

Kejohanan Motosikal Grand Prix Malaysia bermula pada hari ini sehingga 30 Okt di SIC.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori