Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

FAP Lantik Zainal Selamatkan...

GEORGE TOWN - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) melantik bekas jurulatih Selangor...

Mek Tuntung Terima Anugerah...

KEMAMAN - Usaha gigih dan penat lelah seorang penyelidik, Dr Chen Pelf Nyok...

Keracunan Gas Punca Wanita...

PULAU PINANG - Polis hari ini mengesahkan bahawa kematian seorang jurujual wanita di...

Tutup Sementara Plaza Low...

"TUTUP sementara Plaza Low Yat sehingga siasatan insiden pergaduhan yang berlaku pada malam...

‘Lautan’ Hijau Kuning & Merah Kuning Di Stadium Shah Alam

STADIUM Shah Alam yang menjadi gelanggang aksi final Piala Malaysia 2016, kini semakin gamat dengan kehadiran ribuan penyokong Selangor dan Kedah.

Perkongsian netizen di laman sosial mendapati kelibat penyokong kedua-dua pasukan kelihatan sudah semakin memenuhi stadium terutamanya daripada penyokong Kedah yang kian membanjiri stadium Shah Alam.

Difahamkan, rata-rata penyokong sudah mula berkampung di stadium sejak awal pagi tadi, malah ada penyokong dari Kedah yang mengambil kesempatan cuti perayaan untuk bertolak lebih awal.

'Lautan' Hijau Kuning & Merah Kuning Di Stadium Shah Alam

'Lautan' Hijau Kuning & Merah Kuning Di Stadium Shah Alam

'Lautan' Hijau Kuning & Merah Kuning Di Stadium Shah Alam

'Lautan' Hijau Kuning & Merah Kuning Di Stadium Shah Alam


Kebanyakan penyokong dilihat memilih untuk terus masuk ke dalam stadium dan tidak berkeliaran di perkarangan stadium bagi mendapatkan sudut terbaik untuk menyaksikan perlawanan akhir ini.

Difahamkan, keadaan cuaca yang baik juga dilihat menyumbang kepada kehadiran awal penyokong yang ramai kerana masing-masing sudah tidak sabar untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka berentap malam ini

Di pihak penyokong Selangor, tentunya semangat mengekalkan kejuaraan menjadi aspirasi utama. Manakala bagi penyokong Kedah pula, ada ‘hutang’ yang menanti untuk dilunaskan.

Adakah laungan ‘Kedah serata-rata’ akan bergema di akhir perlawanan kelak? Atau Piala Malaysia akan terus kekal di bumi Selangor? Sama-sama kita saksikan malam nanti! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori