Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

RCI Wang Kelian: EAIC...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak membuka kertas siasatan terhadap anggota...

95.4 Peratus Jalan Di...

PUTRAJAYA - Kira-kira 95.4 peratus jalan raya di empat lebuh raya Malaysia yang...

Haramkan PUBG Di Malaysia!

SEBANYAK 58 peratus daripada 206,000 responden yang menyertai undian di Facebook (FB) Harian...

Jemaah Indonesia Selawat Tunggu...

MAKKAH - Baru sahaja tadi kita digemparkan dengan berita mengenai hujan lebat beserta...

Lebih 400 Pesakit Selesai Dipindah Ke Hospital Sekitar Johor

JOHOR BAHRU – Lebih 400 pesakit yang terlibat dengan pemindahan susulan penutupan Bangunan Induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak semalam, selamat dipindahkan ke beberapa hospital kerajaan sekitar Johor.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kesemua pesakit berkenaan mula dipindahkan sejak Selasa lepas ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital Permai, Hospital Segamat, Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim di Kulai, Hospital Mersing dan beberapa hospital daerah yang berhampiran.

“Bagi memastikan operasi hospital terbabit (yang menerima pesakit HSA) tidak terjejas, kita bawa bersama kakitangan, pakar-pakar dan pasukan perubatan dari sini (HSA),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Hilmi melawat pesakit dan meninjau keadaan di Bangunan Induk HSA dan ICU Selatan, yang terbakar sehingga meragut nyawa enam pesakit kritikal.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengumumkan penutupan serta-merta Bangunan Induk HSA yang antara lain menempatkan perkhidmatan Jabatan Kecemasan dan Trauma (A&E), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai wad bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan keselamatan termasuk pendawaian, struktur dan hal berkaitan dilaksanakan.

Tempoh penutupan dijangka antara dua hingga empat minggu, bergantung kepada keadaan.


Dr Hilmi berkata pihak kementerian setakat ini belum bercadang untuk memindahkan pesakit ke hospital swasta.

“Masih belum ada keperluan untuk memindahkan pesakit ke hospital swasta memandangkan hospital kerajaan (di daerah) berhampiran masih mampu menampung pesakit dari luar dan tidak menjejaskan operasi mereka,” katanya.

Dr Hilmi berkata beliau kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh seluruh kakitangan khususnya doktor dan jururawat HSA yang tidak mengenal erti penat dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Dalam kebakaran pada 9 pagi Selasa itu, enam pesakit ICU maut manakala seorang pesakit berjaya diselamatkan dan mengalami kecederaan. Dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi di wad itu cedera dan kini menerima rawatan di HSI. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HSA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori