Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Fahmi Reza Ditahan Polis?

Fahmi Reza Ditahan Polis?

Bapa Potong Tangan Remaja...

GARA-gara berang bayi perempuannya yang baharu sahaja berusia tujuh bulan menjadi mangsa rogol,...

Zainal Abidin Punya ‘Aura’...

MELAKA - Kredibiliti dan pengalaman luas dalam mengendalikan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M)...

Jual Arak Tak Ikut...

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) mengeluarkan 10 notis kompaun berjumlah RM30,000...

Lebih RM500j Untuk Sukan SEA Dan Sukan Para ASEAN 2017

KUALA LUMPUR – Kos penganjuran dan persediaan atlet negara bagi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN pada tahun depan dianggarkan lebih RM500 juta, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk RM30 juta untuk mengendalikan Program Podium serta peruntukan lain untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Program Kita Juara, Hari Sukan Negara dan FIT Malaysia.

Justeru, beliau berharap Kementerian Belia dan Sukan akan menerima peruntukan mencukupi dalam pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

“Saya menemui Najib minggu lepas untuk membentangkan perbelanjaan kementerian untuk sukan dan beliau nampak positif,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia yang bermula dari Dataran Merdeka hari ini.


Mengulas mengenai Jelajah Malaysia, katanya, perlumbaan tertua perlumbaan berbasikal itu merupakan platform baik untuk pelumba tempatan mengasah bakat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori