Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Lokasi Debat Anwar-Najib Berubah...

KUALA LUMPUR : Lokasi debat perdana antara ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Betulkah Guan Eng Mahu...

CUBA perhatikan apa yang disebut Menteri Kewangan Lim Guan Eng ini, yang menerangkan...

Tragedi Mina: Agensi Berita...

TRAGEDI rempuhan yang berlaku di Mina baru-baru ini dipercayai adalah peristiwa paling dahsyat...

Sindiket Godam Mesin ATM...

KUALA LUMPUR - Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini...

Lebih Tujuh Juta Sertai Hari Sukan Negara

PUTRAJAYA – Penyertaan lebih tujuh juta rakyat dalam Hari Sukan Negara 2016 melayakkan program itu dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pelaksanaan kali pertama tahun lalu membabitkan 5.1 juta, bagaimanapun jumlah itu meningkat dengan ketara tahun ini.

“Syabas dan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Menterinya, Khairy Jamaluddin kerana berjaya melaksanakan program yang bertujuan menjadikan sukan sebagai satu budaya, gaya hidup kita.

“Selain itu, sukan juga boleh dijadikan wadah penyatuan dan kebersamaan serta meningkatkan semangat patriotisme kepada negara,” katanya ketika berucap melancarkan Hari Sukan Negara 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, Najib berkata, amalan bersukan perlu dilakukan setiap hari dan bukannya pada Hari Sukan Negara sahaja sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.


“Kadang-kadang kita boleh berjalan untuk ke sesuatu lokasi atau naik tangga untuk ke tingkat atas, selain mengamalkan pemakanan yang sihat,” katanya.

Sementara itu, selepas majlis pelancaran Najib melepaskan kayuhan Hari Sukan Negara sebelum menyaksikan walkabout ke program seni mempertahankan diri yang membabitkan 1,600 peserta.

Beliau kemudian melepaskan peserta JalanRia1Murid1Sukan anjuran Kementerian Pendidikan di hadapan Istana Kehakiman. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori