Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pusat Penamaan Calon PRK...

KUALA KANGSAR - Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala...

Tiada Sekatan Perniagaan Dengan...

KUALA LUMPUR - Tiada sekatan perdagangan dikenakan ke atas syarikat Malaysia yang mahu...

Beberapa Laluan Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan lebuh raya di Lembah Klang terhalang sejak tengah hari...

Zahid Bakal Hadapi 40...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadapi...

Lelaki Didakwa Bunuh Adik Lumpuh, Ibu Saudara

BALING – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan iaitu membunuh adik kandungnya yang lumpuh dan ibu saudaranya dalam kejadian di Kampung Lanai, Parit Panjang di sini pada 2 Oktober lepas.

Tertuduh Azman Wahab, 32, hanya mengangguk faham namun tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa hingga menyebabkan kematian adiknya, Muhammad Azwan Wahab, 26, di ruang tamu rumah mereka, di Kampung Lanai pada 11 pagi, 2 Oktober lalu.

Tertuduh juga didakwa membunuh ibu saudaranya, Rokiah Abdullah, 54, dan melakukan perbuatan itu kira-kira 11.10 pagi, pada tarikh dan lokasi yang sama iaitu di luar rumah.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Azman didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mohd Izmi menetapkan 23 November tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.


Mahkamah mengarahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan kesihatan mental.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Insp. Wan Hasmira Wan Ishak dan tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori