Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dua Kes Curi Kenderaan...

KUALA TERENGGANU - Dua kes mencuri kenderaan milik mangsa banjir dilapor di negeri...

Azadan Rabbani Akui Ada...

KETUA kumpulan nasyid Rabbani, Azadan mengakui dirinya mempunyai kebolehan untuk merawat pesakit yang...

Pemilihan PKR Di 4...

BUTTERWORTH - Proses pengundian bagi pemilihan PKR di empat negeri iaitu Perlis, Perak,...

Pantau ‘Pembelian’ Ahli Parlimen...

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memantau supaya tidak berlaku...

Lelaki Didakwa Simpan 27 Kura-Kura Tanpa Permit Khas

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimpan 27 ekor kura-kura jantan dan betina jenis ‘kolam hitam’ tanpa permit khas.

Nizam Mohideen M.M Abdul Kadir, 56, yang tidak bekerja membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shamsudin Abdullah.

Tertuduh didakwa menyimpan 14 ekor kura-kura kolam hitam betina tanpa permit khas iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Dia didakwa di bawah Seksyen 70 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa menyimpan 13 ekor kura-kura kolam hitam jantan tanpa permit khas mengikut Seksyen 68 (1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nizam Mohideen didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Bilik 1005, Aras 10, Hotel Corus, di sini pada 9.30 malam, 9 Sept lepas.


Pegawai Pendakwa Jabatan Perhilitan, Mohd Khairul Mubin Ab Satar tidak menawarkan sebarang wang jaminan atas faktor kesalahan itu tidak boleh dijamin namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, beliau memohon jaminan RM40,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan.

Ketika rayuan tertuduh yang diwakili peguam Mohd Akbar Mohd Ibrahim memohon mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 14 Nov untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori