Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jong-Un Umum Henti Ujian...

SEOUL - Semua ujian nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) tidak...

Mahkamah Tolak Rayuan Pendakwa...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasan...

Selepas Shaheizy Sam, LHDN...

NAMPAKNYA Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) makin proaktif mengambil langkah untuk dedahn lebih...

Polis Tahan Tiga Suspek...

TAWAU - Tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah curi dan pecah...

Lelaki Disyaki Menyamar Polis Untuk Memeras Ditahan

BACHOK – Seorang lelaki berusia 26 tahun yang disyaki terbabit dalam dua kes pemerasan dan curi motosikal sekitar Bachok sepanjang Oktober ini, ditahan dalam satu rondaan, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata suspek ditangkap kira-kira pukul 10 pagi selepas bergelut dengan polis apabila cuba melarikan diri ketika ditahan sewaktu menunggang motosikal di Kampung Panjang, Perupok.

“Hasil siasatan, suspek yang juga seorang penganggur mengaku melakukan tiga kegiatan jenayah pada 10, 26 dan 27 Okt lepas membabitkan dua kes pemerasan dan satu kes curi motosikal.

“Kita percaya suspek menjadikan golongan remaja sebagai mangsa dengan menyamar sebagai anggota polis selain menggunakan objek tertentu untuk mengugut sebelum merampas barangan berharga milik mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Aminuddin berkata pemeriksaan ke atas suspek turut menemukan enam peluru berwarna kuning yang diisi bebola besi dan tiga pil kuda dalam poketnya, selain sebatang besi menyerupai cota bersarung hitam.

“Kami percaya semua peralatan itu digunakan suspek untuk menjalankan aktiviti pemerasan. Suspek dibawa ke IPD Bachok untuk siasatan lanjut,” katanya.


Nik Aminuddin berkata siasatan di kediaman suspek di Kampung Pantai Damak pula turut menemukan satu pistol mainan, satu kelopak pistol hitam dan satu komponen pistol mainan.

Beliau berkata pihaknya turut menemui kulit buku saku dengan lambang PDRM, dompet dan kad pengenalan mangsa, nombor plat motosikal yang belum terbakar sepenuhnya selain satu motosikal jenis Yamaha LC yang telah dileraikan di tempat pembakaran sampah hadapan rumah suspek.

“Kami turut menemui satu telefon bimbit jenama iPhone selain satu motosikal jenis Kawasaki yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur pada 2013,” katanya sambil menambah polis turut mempergiatkan usaha memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai terbabit dalam aktiviti tersebut.

Suspek ditahan reman seminggu bermula Sabtu lepas bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan 379A Kanun Keseksaan, masing-masing kerana peras ugut dan mencuri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori