Phil Lupton, 46, hanya lelaki biasa sebelum ini namun dia menjadi sensasi internet selepas penyanyi Britney Spears secara sembunyi telah merakamkan gambarnya ketika menunggang motorsikal.
Lebih mengejutkan, Britney menggelarnya sebagai `hot’ dan telah berkongsi gambar berkenaan dengan 13 juta pengikut Instragramnya dengan kapsyen “Lelaki di London OMG’’.
Tidak lama selepas itu, identiti Phil berjaya dikenal pasti dan dia merupakan bapa kepada dua anak.
Di sebalik wajah kacaknya itu yang berjaya menambat hati Britney, Phil berkata isterinya tidak percaya dengan kekecohan yang dicetuskan oleh bintang pop terbabit.
Phil yang bekerja dengan majalah Hearst itu hanya mengetahui bahawa dia diminati oleh bintang pop terbabit selepas rakan sekerjanya melihat gambar topi keledarnya yang merupakan edisi terhad melalui media sosial.
“Jumaat lepas, seorang lelaki yang bekerja bersama saya telah memberitahu bahawa saya terkenal.
“Saya terkejut kerana dalam ramai-ramai orang di London ini, saya yang terpilih,’’ katanya.
Disebabkan keadaan itu, kata Phil, anak-anaknya menikmati perhatian yang diberikan oleh netizen terhadapnya dan mereka turut meminta Phil bergambar dengan motosikalnya itu untuk membuktikan bahawa dia adalah individu yang dimaksudkan oleh Britney.
Namun di sebalik perhatian yang diterimanya, Phil berkata Britney seorang yang menarik namun dia enggan hidup dalam dunia glamor serta menjadi tumpuan ramai. – mynewshub.cc