Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Janin Berusia 6 Bulan...

BUKIT MERTAJAM - Seorang pengawal keselamatan yang sedang mencari tin dan botol kosong...

Zahid Terima Kunjungan Hormat...

LANGKAWI - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Seorang Pejuang Palestin Maut,...

JENIN: Tentera Israel menembak mati seorang pejuang Palestin ketika serbuan di kem pelarian...

Piramid Murid Runtuh, 6...

TOKYO - Enam pelajar cedera selepas piramid manusia membabitkan 150 daripada mereka ‘runtuh’...

Lepas Mahathir, ‘Bakal PM’ Muhyiddin Pula Jumpa Anwar

KUALA LUMPUR – Bab salah kes liwat sudah belakang kira waima memang jelas terkutuk dari sudut moral dan agama. Hanya kerana politik punya pasal, segalanya dikira sebagai ‘bisa diatur’.

Lainlah kalau setakat tahanan politik. Sebaliknya ia kesalahan jenayah yang diputuskan oleh mahkamah. Kali ini drama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) catur kedudukan dalam arena politik puak pembangkang diteruskan.

Setelah Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 September lalu untuk bagi sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Rabu pula Tan Sri Muhyiddin Yassin pun ikut jejak sama.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini mengetuai PPBM sanggup hadir secara mengejut berjumpa Anwar semasa penyelesaian kes saman tokoh PKR tersebut ke atas syarikat Utusan Melayu di Mahkamah Tinggi di sini.

Pertemuan pelik dan memeranjatkan banyak pihak itu menyaksikan beliau berbincang selama 30 minit di bilik saksi dengan Anwar yang kini meringkuk menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh akibat kesalahan liwat kali kedua.

Ditemui wartawan kemudian,  Muhyiddin mendakwa sebagai Presiden PPBM, konon penting untuk dirinya berjumpa Anwar bagi menjalin kerjasama ‘menumbangkan’ BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“(Saya datang) Beri sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar dalam perbicaraan yang sedang berjalan. Sudah lama tidak jumpa,” katanya sambil enggan menghuraikan butir-butir apa yang dibincangkan dengan Anwar.

Baca: Tun M Mahu Muhyiddin Jadi PM, PKR & DAP Mahu Anwar

tun m
IMBAS… Mahathir Mohamad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 September 2016 bertemu Anwar Ibrahim.

Muhyiddin cuma berkata: “Lebih-lebih lagi beliau adalah de facto PKR, saya rasa penting sebagai presiden PPBM untuk menjalinkan hubungan supaya kerjasama kita harap akan terjalin dan akan jadi satu kenyataan.


“Jadi kita harap dengan ini, kerjasama yang hendak kita jalin untuk (membina) satu pakatan yang kukuh untuk menghadapi BN pada PRU akan datang akan dapat dilaksanakan,” kata beliau dengan nada penuh yakin.

Anwar pula ketika ditemui wartawan mendakwa konon beliau mengalu-alukan kehadiran Muhyiddin serta akan meminta PKR dan Pakatan Harapan berbincang dengannya untuk mengadakan satu kerjasama strategik.

Katanya perbincangan mereka adalah mengenai usaha untuk meningkatkan kerjasama bersama-sama Pakatan Harapan dan PPBM dan supaya dapat berunding dengan semua parti-parti pembangkang di seluruh Malaysia.

Baru-baru ini kepimpinan Pakatan Harapan telah menolak keras cadangan Mahathir yang bertegas menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri jika pembangkang menang pada PRU ke-14 menumbangkan BN.

Pakatan disertai PKR, DAP dan PAN itu sebaliknya tetap mahukan Anwar sendiri menjadi perdana menteri sekali gus menggagalkan perancangan Mahathir yang amat menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa sama, pakatan itu menghadapi cabaran sesama sendiri apabila PAS, Parti Ikatan dan Berjasa membentuk blok pembangkang baharu, Gagasan Sejahtera bagi menghadapi PRU akan datang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori