Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sampul Raya Pelbagai Rekaan...

SELAIN baju raya, biskut raya dan juadah raya yang sinonim dikaitkan dengan sambutan...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak akan mengalami gangguan...

MBI Peruntuk RM14 Juta...

SEREMBAN - Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan memperuntukkan RM14...

Jerebu: Landasan KIA Dibuka...

KUCHING - Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dibuka semula untuk operasi...

LHDN Anjur Seminar Percukaian Di 24 Lokasi Seluruh Negara

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sempena pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan 2016 mulai 27 Oktober sehingga 17 November di 24 lokasi di seluruh negara.

Seminar itu diadakan bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada para peserta berkenaan sebarang pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Bajet 2017.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata seminar tersebut akan membantu ia untuk melahirkan khalayak pembayar cukai yang celik cukai.

Lembaga itu menyeru pembayar cukai, pengamal percukaian, akauntan, perancang kewangan, setiausaha dan pengarah syarikat serta orang ramai yang berminat dengan percukaian, perniagaan atau hal ehwal ekonomi untuk menghadiri seminar tersebut bagi meningkatkan, meluaskan serta mengemas kini pengetahuan mereka mengenai percukaian.


Topik-topik yang akan dibincangkan semasa seminar tersebut termasuklah Cadangan Bajet 2017 dan Mekanisme Penalti dan Resolusi Pertikaian.

Bagi maklumat lanjut mengenai tarikh dan lokasi seminar boleh layari laman web LHDN di www.hasil.gov.my. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LHDN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori