Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KPM Jadualkan Semula SPM...

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan membuat penjadualan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Pengarah JKR Melaka Didakwa...

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar sekali...

Tindakan Jika Pembekal Sengaja...

SUNGAI PETANI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil...

Malaysia Unjur KDNK Berkembang...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang antara 5.2...

Liberal Biadab Cadang Tukar Solat Jumaat Ke Sabtu

BIADAB… Fahaman liberal di United Kingdom (UK) tampak sudah makin berani menetapkan ‘peraturan sendiri’ apabila cadang Muslim negara itu melaksanakan Solat Jumaat pada Sabtu.

Cadangan pemindahan hari tersebut dijalankan melalui sebuah petisyen ‘Saturday Reformist Jumaah’ yang dipercayai diketuai oleh seorang kolumnis akhbar Malay Mail Online, Farouk A Peru.

Farouk yang juga merupakan salah seorang penulis buku G25, mengatakan alasan pemindahan tersebut dinilai kerana hari Jumaat merupakan hari yang sibuk untuk golongan bekerja di UK.

Liberal Biadap Cadang Tukar Solat Jumaat Ke Hari Sabtu

Pemindahan solat Jumaat kepada hari Sabtu itu juga menurutnya dapat mengurangkan beban golongan pekerja awam dan pekerja swasta.

Bukan setakat itu sahaja, beliau turut meminta orang ramai tidak kira agama ataupun orientasi seksual (golongan LGBT) untuk bersama- sama mengerjakan Solat Jumaat.

Perkara ini membuatkan ramai netizen khususnya di Malaysia menyatakan bantahan dan menolak sepenuhnya cadangan golongan liberal ini yang jelas bertentangan jauh daripada ajaran Islam.

Liberal Biadap Cadang Tukar Solat Jumaat Ke Hari Sabtu


Bagi sesiapa yang kenali Farouk dengan lebih dekat, beliau dianggap pengamal pemikiran bebas di mana menerusi penulisan di dalam buku G25, beliau mempamerkan ‘versi’ Islam yang tidak pernah dilihat dalam keilmuan Islam.

Golongan liberal ini secara ringkasnya merupakan golongan minoriti yang mengambil ideologi yang dikemukakan oleh Barat serta mengagungkannya, bahkan mereka merasakan berada di pihak yang benar dan tidak menyeleweng.

Mereka menganggap Islam ini hanya terbatas pada ibadah sahaja. Bermakna, apabila dilaksanakan rukun islam yang lima, serta rukun iman yang enam, keislamannya sudah cukup.

Bermakna, apabila mengambil ajaran Islam separuh, pada masa yang sama, di satu sudut yang lain pula mengambil liberal sebagai neraca, maka di situlah bermulanya penyelewangan agama. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori