Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Konspirasi Singkir TMJ Presiden...

SEREMBAN – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan konspirasi untuk menyingkirkan Tunku...

KKMM, JSJK Pertimbang Wujud...

CYBERJAYA — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)...

Mahkamah Pertama Kendali Kes...

HANGZHOU - Mahkamah khas pertama khusus untuk tangani kes berkaitan Internet dibuka di...

VIDEO: Pengajaran Buat Restoran...

KAMI amat tertarik dengan sebuah video yang mendapat viewers melebihi 6 Juta di saluran...

Lima Ditahan Di ‘Makmal’ Dadah Di Puchong

KUALA LUMPUR – Seorang wanita antara lima yang ditahan dan dadah bernilai RM270,000 dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium di Puchong pada Jumaat lalu.

Serbuan di unit kondominium Koi Tropika yang dipercayai menjadi makmal memproses dadah itu dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pada kira-kira 9.50 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata turut dirampas 27 ikatan foil mengandungi 6,750 biji disyaki dadah jenis Erimin 5 seberat 1,895 gram, 10 paket plastik pil ecstasy seberat 129 gram, tujuh paket ketamin seberat 1,063 gram, dua paket heroin seberat 772 gram dan satu paket syabu seberat 535 gram.

“Kesemua suspek ditahan reman pada Jumaat lepas sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori