Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

SPRM Perangi Rasuah Sebagaimana...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus melipatgandakan usaha memerangi...

Kunci Tayar: Pekerja Parkir...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengunci tayar sebuah kereta, seorang pekerja parkir bertingkat Hospital...

Empat Remaja Disyaki Rogol...

TELUK INTAN: Polis menahan empat remaja lelaki semalam kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak...

PVATM Bina Lebih 2,000...

KOTA BHARU - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) akan membina lebih 2,000...

Lima Lelaki Didakwa Menculik Seorang Pengurup Wang

GEORGE TOWN – Lima lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menculik seorang pengurup wang dengan tujuan menuntut wang tebusan, RM3 juta.

T. Shasitaran, 32, M. Ashogan, 33, Muhamad Sultan Ahmad Kabil, 37, Ong San Chia, 31, dan Yoh Shyh Ming, 27, didakwa dengan niat bersama bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM3 juta daripada seorang lelaki berusia 60 tahun yang merupakan pengurup wang dengan cara melarikan lelaki itu secara salah.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan rumbia berdekatan Kristal Garden, Bayan Lepas di sini antara 10.30 hingga 10.45 pagi, pada 28 Sept lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan.


Majistret Mohd Amin Shahul Hamid menetapkan 14 Dis depan untuk sebutan kes.

Shasitaran, Ashogan dan Muhamad Sultan diwakili peguam A. Mattan manakala Ong dan Yoh diwakili peguam Jason Khor. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • culik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori