Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bekas Isteri Donald Trump...

Washington: Bekas isteri Donald Trump, Ivana Trump, meninggal dunia pada usia 73 tahun,...

Kazim Elias Calon BN...

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai...

Wanita Sambut Baik Usaha...

KUALA LUMPUR - Selamat, selesa dan menjimatkan masa; tiga faktor utama yang diberi...

Mangsa Banjir Dapat Bantuan...

KUALA TERENGGANU : Kira-kira 8,337 mangsa banjir Monsun Timur Laut di seluruh negeri...

Lima Modul Hospital Hadapan ATM Tiba Di HSA

JOHOR BAHRU – Lima modul hospital hadapan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi bagi membantu hospital berkenaan dalam operasinya.

Modul itu akan dijadikan pusat rawatan sementara yang terdiri daripada wad, dewan pembedahan bergerak dan unit perkhidmatan pensterilan atau dekontaminasi (Unit Suchihama).

Tinjauan Bernama di HSA mendapati hujan lebat tidak menjadi penghalang kepada kerja-kerja pemasangan dan penyelarasan unit sementara itu.

Kerja-kerja pemasangan itu turut disaksikan Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt. Jen. Datuk Dr. Abd Razak Md Yusof dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Rooshaimi Merican A Rahim Merican yang dibawa melawat tapak meletakkan modul tersebut oleh pihak pengurusan HSA.

Semalam, Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Md Zain mengumumkan bantuan menyediakan ‘hospital bergerak’ termasuk satu unit dewan pembedahan kepada HSA.


Modul tersebut, yang akan berfungsi sebagai kawalan kerosakan dan menyelamatkan nyawa, ditempatkan berhadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma di bangunan induk hospital tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori