Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rentas Negeri Babitkan Kuala...

PERJALANAN merentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia mulai esok dikhususkan untuk yang terkandas...

Kes Seks Di NZ:...

WELLINGTON - Bekas pegawai waran II yang melakukan serangan sumbang terhadap seorang wanita...

Nautical Aliya Dijangka Tiba...

DI ATAS KAPAL NAUTICAL ALIYA - Kapal 'Nautical Aliya' yang dalam misi kemanusiaan...

Pasar Tani Kekal Di...

SEREMBAN - Sebuah pasar tani kekal serba moden yang siap dibina di Bandar...

Liputan Wifi Dalam ETS Mungkin Diperkenal

IPOH – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dilengkapi kemudahan Internet tanpa wayar atau Wifi bagi memudahkan pengguna menyiapkan kerja semasa dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya menyokong penuh cadangan orang ramai supaya ETS dilengkapi kemudahan Wifi sebagai usaha ke arah melaksanakan transformasi dalam sistem pengangkutan negara.

“Setakat ini ramai yang puas hati dengan perkhidmatan ETS, ada setengah stesen moden dan mana yang uzur kita kena perbaiki. Selain memasang Wifi kita juga kena pastikan ia sentiasa bersih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Perak 2016 di sini hari ini yang dihadiri 1,800 perwakilan.

Secara purata, seramai 6,000 orang menggunakan perkhidmatan ETS setiap hari pada hari biasa, manakala pada hujung minggu serta cuti umum jumlah itu meningkat sekali ganda kepada 12,000 orang.

Liow berkata kementeriannya dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersetuju untuk menambah 10 lagi tren ETS tahun depan, bagi memenuhi peningkatan penumpang.

“Ketika ini, KTMB mempunyai 38 tren ETS, dan menawarkan perkhidmatan bagi laluan Gemas-Padang Besar. Setiap tren ada enam gerabak yang boleh memuatkan sehingga 300 penumpang pada satu-satu masa, dan itu pun masih tidak dapat memenuhi permintaan semasa,” katanya.

Liputan Wifi Dalam ETS Mungkin Diperkenal

Di GEORGE TOWN, ketika merasmikan konvensyen tahunan MCA Pulau Pinang, beliau mengumumkan Kementerian Pengangkutan sedang bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi melanjutkan ETS dari Padang Besar hingga ke bandar Hat Yai.

Liow berkata kerajaan Thailand menunjukkan minat untuk melanjutkan landasan ETS yang setakat ini hanya sampai ke Padang Besar dari Kuala Lumpur.


Beliau berkata selaras dengan perkembangan pesat perkhidmatan sistem pengangkutan, kementerian menyokong penuh inisiatif yang diambil oleh kerajaan Thailand bagi menjayakan perlanjutan landasan ETS sehingga ke Hat Yai.

“Berikutan perbincangan dengan rakan sejawatan kami, kerja-kerja perlanjutan landasan ETS sedia ada dari Padang Besar ke Hat Yai sedang berjalan dan kami sangat optimistik projek ini akan siap menjelang 2020,” katanya.

Menurut beliau perlanjutan landasan ETS ini akan memberi faedah kepada kedua-dua negara terutama sekali kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) setelah projek ini siap kelak.

Mengenai Majlis Pengangkutan Nasional, Liow berkata inisiatif yang diumumkannya pada Isnin lepas itu dijadual memulakan mesyuarat pertama hujung tahun ini.

Katanya pada peringkat permulaan, mesyuarat tersebut akan memberi tumpuan kepada penyelarasan sistem pengangkutan di seluruh negara agar tiada negeri yang tertinggal.

Liow ketika mengumumkan penubuhan majlis itu di Kota Kinabalu, Sabah berkata ia merupakan platform untuk membincang, mengkaji dan menyelesaikan isu berkaitan pengangkutan membabitkan kementeriannya dan semua agensi berkaitan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori