Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Adenan: Najib Pemimpin Ikhlas,...

KUCHING - Sarawak menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melihat...

Klip CCTV Hotel Four...

PETALING JAYA - Hotel yang menjadi tumpuan dalam kontroversi video seks sejenis menyasarkan...

Jenazah Tunku Abdul Jalil...

JOHOR BAHRU - Jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, selamat...

Pertama Wish Birthday, Sufian...

ALAHAI... sweet sungguh penyanyi Sufian Suhaimi rupa-rupanya. Kalau anda nak tahu, semalam merupakan hari...

Loji Rawatan Air Semenyih Kembali Beroperasi Pagi Ini

SHAH ALAM – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang ditutup akibat pencemaran bau kembali beroperasi pada pukul 3.15 pagi tadi.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) juga berkata bekalan air akan pulih secara berperingkat apabila air dalam kolam takungan mencapai paras optimum.

“Bekalan air sedang disalurkan ke kolam takungan di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling Jaya.

“Segala usaha juga sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke kawasan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengguna boleh mendapatkan status terkini dan butiran lanjut mengenai pemulihan bekalan air melalui aplikasi telefon pintar mySYABAS dan www.syabas.com.my.


LRA Sungai Semenyih ditutup lebih lima kali tahun ini akibat pencemaran dengan yang terbaharu berlaku pada 23 Okt lepas akibat pencemaran di Sungai Semenyih yang disyaki berpunca daripada kawasan perindustrian di Nilai, Negeri Sembilan.

Penutupan loji itu telah mengakibatkan gangguan air sementara di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • loji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori