Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Sesumpah’ Uber / Grab:...

 PETALING JAYA - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...

Nak Jadi Pengemis Jawatan...

PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menegur Timbalan Pengerusi...

Serangan Berdarah Vincennes, Ragut...

Presiden Perancis FranĂƒÆ’Ă‚Â§ois Hollande mengesahkan seorang suspek maut manakala empat tebusan terkorban dalam...

4 RS Ambil Alih...

KOTA BAHARU - Seramai 120 anggota 4 Rejimen Sempadan (RS) berpangkalan di Grik,...

Lokasi Penubuhan IPD Dalam Bajet 2017 Belum Diperincikan

JOHOR BAHRU – Lokasi penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seperti mana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2017 semalam belum diperincikan lagi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bagaimanapun, secara amnya, mana-mana keperluan mendesak terutamanya di kawasan bandar, akan diberi perhatian untuk pembinaan IPD.

“Ini kerana kita hendak memastikan keperluan anggota polis di kawasan bandar yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dapat dipenuhi,” katanya selepas merasmikan Hari Graduasi Maktab Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Kerajaan memperuntukkan RM12.8 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri termasuk RM8.7 bilion kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membina 12 IPD, pusat latihan Komando 69 dan perolehan kenderaan serta kelengkapan.

Selain itu, RM60 juta disediakan bagi meningkatkan keberkesanan usaha mencegah jenayah di bandar termasuk omnipresence dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Nur Jazlan berkata peruntukan untuk memperkasakan polis dengan kelengkapan kenderaan, peralatan dan sebagainya akan membantu tugas mereka menjaga keamanan dan keselamatan.


Tambahnya, 80 peratus kenderaan yang digunakan polis kini sudah berusia antara 15 hingga 20 tahun dan perlu diganti dengan kenderaan yang lebih sesuai dan tahan lasak serta boleh menandingi kenderaan penjenayah.

“Peruntukan itu sebenarnya tidak cukup tetapi kita berterima kasih sekurang-kurangnya dapat menggantikan kenderaan polis di sesetengah tempat agar mereka dapat meningkatkan kehadiran di kawasan awam.

“Selain itu, anggota dapat melakukan aktiviti pencegahan jenayah dengan lebih berkesan serta memberikan respons yang segera kepada laporan dan kejadian dialami orang awam,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori