MELIHATKAN tajuk sahaja sudah pasti membuatkan orang ramai beranggap mengapa perlu meletakkan unsur yang berbau perkauman.
Namun, sabar dahulu, sebelum meninggalkan sebarang prasangka negatif eloklah kita fahami dahulu apa isi kandungan dan mesej yang ingin disampaikan oleh seorang Youtuber ini yang dikenali sebagai Vikarworl ini.
Rakaman video berdurasi 1 minit 7 saat saat yang berjudul 5 Reason Why I Hate Being An Indian In Malaysia yang dihasilkan itu nyata menarik perhatian netizen apabila mendapat perkongsian meluas di media sosial.
Jom tonton video ini terlebih dahulu dan kemudian baru lah anda membuat kesimpulan.
Video yang dimuat naik pada 30 Ogos 2016 itu telah di tonton hampir 200 ribu orang setakat ini. Ini pula antara reaksi netizen yang telah menonton.
Apa yang boleh dikatakan ialah sememangnya banyak kebenaran dari mesej yang cuba disampaikan oleh pemuda ini.
Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum haruslah menepis sikap perkauman dan tidak kisah biarpun berkulit hitam, putih atau sawo matang, tiada bezanya kerana kita semua adalah rakyat Malaysia yang lahir dan berpijak diatas tanah yang sama.
Mulai saat ini, pupuklah sifat untuk lebih hormat menghormati sesama bangsa! -MYNEWSHUB.CC