Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Seorang Kanak-Kanak Di N.Sembilan...

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang menerima rawatan di Hospital...

Apandi Ketuai Rayuan Keputusan...

PUTRAJAYA - Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengetuai pasukan kerajaan dalam...

Solat Jamak Tanpa Sebarang...

Apakah benar kita boleh jamak solat zuhur dan asar tanpa sebab? Maksud saya, bukan kerana sakit atau musafir atau trap in a traffic jam. Soalan ini merujuk kepada hadis yg disahihkan oleh al Albani yg menyatakan Rasulullah pernah

KDNK Malaysia Dijangka Berkembang...

KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus bertambah baik...

Maal Hijrah Tingkat Persaudaraan Umat Islam Malaysia

KUALA LUMPUR – Umat Islam Malaysia diseru mengambil semangat sambutan Maal Hijrah tahun ini bagi mempertingatkan semangat persaudaraan sesama muslim di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, persaudaraan Islam akan membina Malaysia ke arah sebuah negara contoh dan model terbaik di dunia.

“Ambang 1438H dibuka dengan lembaran harapan penghayatan kepada semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammmad S.A.W dan para sahabat baginda.

“Semangat persaudaraan Islam sebenar yang berjaya membina sebuah negara contoh yang menjadi model negara terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, sambutan Maal Hijrah 2016 perlu juga diambil oleh umat Islam Malaysia bagi menyokong penuh RUU Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.


Kata beliau, umat Islam Malaysia wajar menyambut tahun baru hijrah kali ini dengan usaha untuk memperkasa dan memartabatkan undang-undang Islam di negara ini.

Tegas beliau, usaha murni itu mendapat sokongan padu oleh organisasi-organisasi Islam dan masyarakatnya.

“Keadaan ini memberikan satu harapan besar ke arah penyatuan ummah setelah sekian lama dipecahkan oleh blok-blok politik,” katanya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori