KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyeru umat Islam Malaysia mengambil semangat semangat Hijrah Nabi Muhammad S.A.W untuk menumbangkan parti Melayu UMNO dan kerajaan sedia ada.
Naib Presidennya, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa, umat Islam perlu mengambil semangat sambutan Maal Hijrah untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP dan PKR.
“Asas penghayatan mana-mana hijrah dan proses menjayakannnya bermula dengan keyakinan, kecekalan, ketenangan dan ambil risiko.
“Dalam hal perjuangan menyelamatkan Malaysia di mana Amanah (PAN) adalah sebahagian dari pergerakan tersebut, nilai hebat ini perlu dihayati dalam semangat Hijrah Nabi S.A.W,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.
Muhajid mendakwa kononnya usaha untuk umat Islam Malaysia Menggugat UMNO yang memerintah negara hampir bukan mudah tetapi segala apa yang UMNO nikmati dilihat akan ‘dirampas’.
“Marilah kita bawa semangat Hijrah sempena Awal Muharram ini untuk meneruskan agenda perubahan politik Hijrah dari Umno/BN ke Pakatan Harapan dan rakan-rakannya untuk memimpin negara,” dakwanya. – Mynewshub.cc