Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Isu Thaipusam, 2 Ditahan...

SINGAPURA – Polis mengesahkan dua orang, masing-masing seorang lelaki rakyat tempatan berbangsa Cina...

Kilang Beras Diingatkan Tidak...

ALOR SETAR: Pengilang beras di negeri ini diingatkan supaya tidak terlibat dengan penghasilan...

Masjid Sultan Ditutup Sementara...

SINGAPURA - Masjid Sultan, yang menjadi salah satu tarikan pelancong di negara ini,...

Honda UK Tutup Tempahan...

Sebahagian besar dari kita mungkin akan membuat perbandingan dan ulasan terlebih dahulu sebelum...

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Anwar

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha akhir mengikut saluran perundangan, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mempengerusikan lima barisan hakim terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Prosiding bermula pada 9.30 pagi.

Ketua perbicaraan dan bahagian rayuan, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mengetuai pasukan pendakwaan dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.

Sementara Anwar, 68, diwakili peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, Latheefa Koya, R. Sivarasa, J.Leela dan Shahid Adli Kamaruddin.

Anwar memfailkan permohonan semakan agar Mahkamah Persekutuan mengguna pakai Aturan 137, Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Secara alternatif, beliau mahu Mahkamah Persekutuan untuk mendengar semula rayuannya berhubung merit.

Terdahulu, Hakim Zulkefli menolak permohonan Sri Ram untuk menukar panel hakim baharu dengan alasan permohonan untuk anggota panel menarik diri daripada mendengar permohonan semakan berkenaan, tidak mempunyai merit.

“Kami akan memastikan bahawa pemohon (Anwar) akan memperoleh pembicaraan yang adil ber dasarkan bukti yang ada,” kata Hakim Zulkefli.

Sri Ram memohon untuk menukar anggota panel memandangkan sebelum ini panel hakim yang sama, telah menolak permohonan Anwar untuk memasukkan bukit bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff, dalam semakan sabitan kes liwat terhadapnya.

Sri Ram berhujah, dalam menolak permohonan itu, panel telah membuat kenyataan bahawa Anwar telah diberikan perbicaraan dan pembicaraan yang adil oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.


Katanya, kenyataan itu menunjukkan bahawa anggota panel berkenaan telah melalui merit dalam semakan pembicaraan dan dengan itu, Anwar tidak akan memperoleh perbicaraan yang adil dalam semakan permohonan hari ini.

“Kami meminta panel ini mempertimbangkan untuk menukar panel yang lain,” katanya.

Ahmad Kamal berhujah bahawa panel berkenaan tidak memuktamadkan merit pada penghakiman kes itu sebelum ini dan panel boleh mendengar permohonan semakan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, 2014.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Anwar telah disabitkan kesalahan selepas mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar tiba di mahkamah pada 8.50 pagi diiringi isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak perempuan beliau dan anggota keluarga. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori